Followers

Selasa, 28 Februari 2012

Lega Ianya Berakhir, Setelah Sedekad Diganggu Babi Hutan

MUAR – Masalah gangguan babi hutan yang dihadapi lebih 1,000 penduduk Air Hitam sejak sedekad lalu bakal berakhir apabila operasi memburu haiwan tersebut mula dilakukan sejak kelmarin.

Penghulunya, Ariffpudin Abd Latif berkata, operasi itu terpaksa dilakukan setelah menerima banyak aduan dan rungutan daripada penduduk mendakwa berhadapan kesulitan dengan kehadiran haiwan itu di kampung mereka.

Menurutnya, gangguan itu menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini dan terdapat lebih 2,000 babi hutan menyerang Kampung Sri Sempadan, Kampung Batu 18 dan Kampung Parit Haji Anuar, Air Hitam, dekat sini.

Hati Kering, Sanggup Campak Bayi Dalam Sungai

KUANTAN - Zalim dan berhati kering. Itulah perkataan sesuai kepada individu yang sanggup memasukkan seorang bayi yang baru dilahirkan ke dalam beg plastik bersama seketul batu bata dan mencampaknya ke dalam sungai.

Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat itu kemudian ditemui kira-kira jam 2 petang oleh sekumpulan pemancing di bawah Jambatan Tanjung Lumpur, di sini, semalam.

Mereka pada mulanya menyangka objek terapung yang tersangkut pada ranting kayu berdekatan tebing sungai terbabit adalah anak patung tetapi terus kemudian terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) selepas mendapati mayat seorang bayi.

Dua Penjawat Awam Dicekup Separuh Bogel

DUNGUN – Dua penjawat awam yang juga rakan sekerja di sebuah agensi kerajaan di Dungun, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara selepas masing-masing didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah, dekat sini, awal pagi, Disember lalu.

Khairul Mubin Abdullah, 26, dan pasangannya, Laily Norashikin Che Sukeri, 22, menerima pengajaran paling berharga apabila kedua-duanya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, apabila masing-masing membuat pengakuan bersalah atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan.

Wanita Kes Dr Badrol: 'Fitnah, Saya Tidak Khalwat'

ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian? 

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

Remaja Dibakar Hidup-Hidup

HULU SELANGOR – “Tolong! Tolong! Tolong! Ada orang bakar saya! Begitulah jeritan remaja itu meminta bantuan dari belakang rumah kami,” kata T Vadamalai, 56, saksi yang memberikan pertolongan kepada remaja yang dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sepakat, Bukit Tagar, dekat sini kelmarin.

Vadamalai yang ditemui di rumahnya semalam berkata, mereka sekeluarga yang ketika itu sedang tidur, terjaga dan mengintai di luar rumah sebelum memberikan pertolongan kepada mangsa jam 7 pagi.

Himpunan Hijau 3.0 Protes Lynas Sah Diadakan

SHAH ALAM - Penganjur Himpunan Hijau 2.0, yang membantah projek nadir bumi Lynas, menegaskan pihaknya sudah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan susulan ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengatakan bahawa operasi loji itu akan diteruskan.

"Akhirnya, kami menerima respons pertama daripada Perdana Menteri kita. Kami rasa bersemangat (dengan kenyataan beliau), tetapi malangnya, jawapan itu tidak seperti yang kami telah harapkan.

"Oleh itu, kami mengesahkan bahawa Himpunan Hijau 3.0 akan diteruskan," kata Pengerusi Himpunan Hujan 2.0, Wong Tack dalam satu kenyataan hari ini.

Aksi Terlampau Tepi Surau


KOTA DAMANSARA - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.

Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.

Ahad, 26 Februari 2012

[Update Video] Sekitar Perhimpunan Hijau 2.0 Anti Lynas



Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini.

Lynas : Bantahan Rakyat Diterjemah Pada PRU13

KUALA LUMPUR, 26 Feb:Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan segala kemarahan rakyat yang hadir pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di seluruh negara hari ini akan diterjemaahkan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tambahnya, segala balasan yang diberikan oleh rakyat itu akan ditanggung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keangkuhan beliau dan Kerajaan Persekutuan enggan mendengar rintihan rakyat terhadap bencana yang bakal menimpa apabila loji tersebut beroperasi.

"Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai setiap apa kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya yang membabitkan bencana alam sekitar serta nyawa manusia dalam jangka masa yang panjang," jelasnya sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di hadapan bangunan Maju Junction, di sini pagi tadi.

[Video] Fahami Bahaya Sebenar Lynas Kepada Malaysia Dan Kita Rakyatnya


Kenapa LYNAS digesa tutup oleh rakyat jelata? 

Ini Sebabnya.. Tengok Video... Pasti Anda Paham..

Ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim Pada Perhimpunan Hijau 2.0



Antara Ucapan DSAI Pada Perhimpunan Membantah Projek nadir Bumi Lynas Corp di Gebeng Dekat Kuantan Hari Ini. Himpun Hijau 2.0 Stop Lynas Save Malaysia

[Gambar + Video] Samsung Galaxy Beam : Telefon Android Projektor Pertama Di Dunia Bakal Dijual Julai Ini


Terkini kita akan didedahkan dengan satu lagi inovasi baru dalam teknologi telefon bimbit dengan mengintegrasikan fungsi projektor dan ianya ialah dari model pembuat telefon bimbit yang  tidak asing lagi iaitu Samsung. Telefon Galaxy Beam (codename: Halo) daripada Samsung dikuasakan dengan Android bakal mendapat  dengan tarikh pelancaran rasminya tidak lama lagi.

[Update] Gambar Sekitar Perhimpunan Hijau 2.0 Stop Lynas 26 Feb 2012

KUANTAN, 26 Feb — Ribuan orang dijangka akan menyerbu Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 sebelum bergegas ke satu lagi perhimpunan aman anjuran pembangkang - kali ini bantahan terhadap kelulusan kerajaan berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas.

Sambutan memberangsangkan dijangka selepas polis memberi lampu hijau kepada Himpunan Hijau 2.0 untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di Padang MPK 4 bermula 9.30 pagi.

Perhimpunan itu — merupakan demonstrasi pertama sejak Akta Perhimpunan Aman dilaksanakan — dengan tujuan menekan kerajaan agar membatalkan pembinaan kilang kontroversi Lynas di Gebeng yang terletak kira-kira 25km dari sini, dijangka siap hujung tahun ini.

Ahad, 19 Februari 2012

Piala FA : Terengganu, Kelantan, Selangor Layak Ke Pusingan Kedua

Pemain Kelantan The Red Warrior, Nor Shahrul Idlan Talaha diasak oleh dua orang pemain Sarawak sehingga mendapat kecederaan dan kemudiannya di keluarkan dari permainan.


Juara bertahan Terengganu, Kelantan dan Selangor berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan pertama, Sabtu.

Terengganu, yang juga juara Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada 2000 dan 2011, mara selepas mencatatkan kemenangan selesa, 4-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

Gambar Hiasan

Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.

30 Peratus Pemandu Bas Sukar Tidur Malam


Insomnia dipercayai antara punca kemalangan serius

KUALA LUMPUR: Tiga puluh peratus daripada 300 pemandu bas didapati mengalami masalah kesukaran tidur malam, dengan lapan peratus kronik sekali gus membimbangkan kerana dikhuatiri memberi kesan kepada keselamatan pemanduan mereka.

Tarian Bogel Pada Kadar Bayaran RM250 Untuk Tempoh 15 Minit



Pusat hiburan eksklusif diserbu. Ibu ayam sedia tarian bogel, khidmat seks dalam bilik karaoke di tahan.


JOHOR BAHRU: Sebuah pusat hiburan eksklusif di bandar raya ini yang menyediakan tarian bogel dan khidmat seks oleh pelayan wanita dalam bilik karaoke yang ditempah pelanggan, digempur polis dan Jabatan Agama Johor (JAJ) kira-kira jam 1 pagi semalam.

2 Maut Tertimbus Tanah Runtuh Di Lahad Datu


Kejadian selepas hujan ranapkan rumah mangsa di lereng bukit 

LAHAD DATU: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun bersama ibu saudaranya maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga mereka parah dan meranapkan seba-hagian rumah di Kampung Terusan, di sini semalam.

Nada Dering Telefon Boleh Lemahkan Otak


Penggunaan lagu popular, jejas sesi pembelajaran.

LONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.

Bom Kentut Cetus Huru-Hara



MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan selepas menulis nota mengandungi perkataan ‘bom’ pada tisu tandas. 

Nota ditulis Harold Wayne Hadley, Jr, itu menyebabkan 11 agensi kecemasan bergegas ke kolej di Mississippi tetapi tidak menemui bom yang dimaksudkan.

Pembantu Rumah Bunuh Majikan Yang Memanggilnya 'Bodoh'


SINGAPURA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang baru bekerja lima hari di sini pada tahun 2009, mengaku bersalah di atas tuduhan membunuh majikannya yang berusia 87 tahun selepas berulang kali memanggilnya 'bodoh'.

Saintis Siasat Piramid Di Jawa Barat

Pemandangan Gunung Sadahurip Jawa Barat yang dikatakan mempunyai bentuk seakan-akan sebuah piramid.


Tiga kementerian bincang usaha sokong laksana penyelidikan 

JAKARTA: Sepasukan saintis sedang berusaha melakukan penyelidikan mengenai khabar angin kononnya wujud piramid di Gunung Sadahurip dan Gunung Padang Cianjur Jawa Barat.

Diplomat Israel Disaran Tidur Dengan Senjata Bawah Bantal



TEL AVIV: Serangan di India, Georgia dan tiga letupan di Thailand mendorong diplomat Israel di seluruh dunia lebih berwaspada, dan seorang bekas pegawai keselamatan muncul dengan idea lebih melampau – menasihatkan mereka tidur dengan senjata di bawah bantal, lapor media Israel. 

Putera Ratu Belanda Nyaris Maut Tertimbus Salji Di Austria

Putera Johan Friso
VIENNA: Anak lelaki kedua Ratu Belanda, Ratu Beatrix, Putera Johan Friso, 43, cedera parah selepas tertimbus dalam runtuhan salji ketika meluncur salji di luar laluan biasa di hujung paling barat Austria Jumaat lalu dan dikejarkan ke unit rawatan rapi di hospital Innsbruck, kata pegawai. 

Masih tidak jelas keadaan Putera Friso ketika ini.

Sabtu, 18 Februari 2012

Top 40 Hottest Android Apps – February 2012 Edition


Top 40 Hottest Android Apps – February 2012 Edition

[Infografik] Sejarah Tentang Semua Stor Aplikasi Mudah Alih Di Dunia


Satu infografik menarik berkenaan kesemua stor aplikasi mudah alih yang ada sehingga hari ini telah disediakan oleh pihak ShoutEm.

Fakta Tersembunyi Disebalik Filem 3 Abdul


Fakta yang kita tak tahu di dalam filem 3 Abdul ini :- 

- Teknik grind telah bermula sejak zaman ini....
- P.ramlee merupakan seorang gitar shredder yang dasyat
- Kurt kobain tiru riff smell like teen spirit dari cerita ini...


Tak Caya? Tengok video di bawah ini...

Bahaya Sms Semasa Berjalan, Boleh Jatuh Tergolek


Ni salah satu bahaya jika kita menaip sms semasa berjalan, boleh terjatuh. kalau takat anak tangga tu x per la jugak, tapi kalau ada lubang, tak ke jadi kes naya nanti. 

Kung Fu Atau Kung Fooled ? Sekali Kelentong Ler


Ni betul-betul tahu ber kung fu ke atau kelentong jer ni? Dia kata guru dia Son Goku? Hehehe...

[Video] 8 Orang Yang Berani Mati Berayun Di Ayunan Tali Terbesar Di Dunia


Kalau korang mencari cabaran terbaru jika rasa dah puas sangat hidup tu, boleh lah ke Utah, Amerika untuk mencuba permainan gila ini. Berayun di ayunan yang terbesar di dunia pada baru di kawasan kering ini.  

[Gambar] Yang Cute Hari Ini #005 Saya Frust Nak Bunuh Diri Lah!


Saya Frust Nak Bunuh Diri Lah!

Ingat manusia jer yang frust dalam hidup? Kucing pun kadang-kadang ader time dia frust jugak. Tu yang kadang-kadang tu ader yang mati di langgar kereta tu, kes bunuh diri? Hehehe... apa-apa pun still cute jugak kucing-kucing ni. Hehe..

Khamis, 16 Februari 2012

[Tips] Penting! 10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Untuk membolehkan kita bekerja, belajar atau melakukan apa saja dengan baik, kita memerlukan otak yang sihat dan cerdas. Dalam proses berfikir dalam melakukan sesuatu perkara itu, otak memainkan fungsi yang amat penting. Otak yang sihat menjadikan seseorang itu pintar dan mudah melahirkan sesuatu idea dan membuat keputusan yang bijak. Jika otak kita lemah, kita sukar membuat keputusan dan tidak dapat berfikir dan menganalisasesuatu perkara dengan baik.


Otak juga mengawal keseluruhan aktiviti yang dilakukan oleh tubuh sehari-hari. Jika otak menghadapi masalah seperti tidak cukup oksigen, ia akan mengganggu aktiviti organ dan keseluruhan sistem badan kita.


Otak tidak bekerja bersendirian. Ia memerlukan saraf untuk menjalankan tugasnya. Saraf-saraf ini menghubungkan otak dengan seluruh bahagian badan melalui tulang belakang. Melalui saraf, mesej dihantar ke anggota badan dan dari anggota badan ke otak. Otak serta keseluruhan saraf ini dinamakan sistem saraf.

Selasa, 14 Februari 2012

[Video] Kumpulan-Kumpulan Hacker Dari Malaysia


Satu video telah dimuatnaik ke laman Youtube pada 13 Feb 2012 yang menampilkan beberapa nama besar kumpulan penggodam dari Malaysia. Antara nama yang diperlihatkan adalah seperti RileksCrew, Newbie3viLc063s, H3x4 Crew, Cyb3r 4rmy, Silent Hacker, Dragon Force, Macho Cyb3rSec, CmD CrewS, Cat DevilCode, Atom Mota, Guess Who, Cyber S.W.A.T, Hexor, Perantau Senja dan CyberSec Crew.

[Video] Tasha Manshahar - Be Mine, Lirik Dan Download Mp3



Tidak tahu dari mana datangnya gadis bernama Tasha Manshahar, tiba-tiba saja kecoh di laman sosial mengenai lagu yang berjudul “Be Mine” ini. 


Menurut sumber yang dipercayai, Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Video yang berdurasi sepanjang 2.12 minit menampilkan Tasha bersama 2 orang pemain gitar di Clora Studio. 

[Video] Video Muzik Rasmi Lagu Panik Dari Bunkface Dilancarkan


Sudah lama dan jarang-jarang mendengar nama Bunkface di radio dan televisyen, kami pasti anda ternanti-nanti sesuatu dari mereka kan? 



Terbaru dari kumpulan yang popular dengan lagu ‘Situasi’ ini, mereka telah melancarkan muzik video single terbaru berjudul ‘Panik’ dan telah dilancarkan di laman Youtube pada 11 Februari lepas. Sehingga kini selepas 2 hari dimuatnaik, jumlah tontonan muzik video itu telah mencecah lebih 5 Ribu tontonan dan terus meningkat. 



[Video] Syatilla Melvin Seksi Dalam Iklan Pakaian Dalam La Senza Lah!


Syatilla Melvin dalam iklan pakaian dalam.




Pelbagai tuduhan liar mula dilemparkan kepada pelakon berusia 21 tahun ini apabila sebuah video Youtube berjudul ‘Syatilla Melvin Seksi Dalam Iklan Pakaian Dalam’ mula disebarkan di beberapa laman sosial, sejak semalam. Video berdurasi 1:47 minit itu memaparkan aksi-aksi Syatilla atau Tilla dalam pelbagai gaya yang telah disalah tafsir oleh penonton di laman Youtube itu.

Sabtu, 11 Februari 2012

Honda builds racing version of CR-Z hybrid



Honda will contest the Japanese Super GT series with a heavily modified CR-Z hybrid, vying for both a win and more visibility for the unusual hybrid.

Since it was launched in 2010, Honda has tried to convince the world that its CR-Z hybrid hatchback is both green and sporty. That argument will be much easier to make when the CR-Z debuts in the Japanese Super GT Series later this year.

Sun powered concept car may one day shine



London designer Omer Sagiv has given us a possible glimpse into the future with his solar powered vehicle concept.

Forget about harnessing the energy of the wind or waters to power our cars — London designerOmer Sagiv’s futuristic and intriguing design looks to the heavens and our own shining star, the sun.

Audi, Toyota battle at Le Mans with hybrids


Both Audi and Toyota will showcase their technical prowess (and avoid a few pit stops) with fuel-efficient hybrids at this year's grueling 24 Hours of Le Mans.

In racing, Audi is a bit of an overachiever. The German carmaker has won the 24 Hours of Le Mans endurance race 10 times since 2000. In 2006, it became the first to win with a diesel powered car. Not content to rest on its laurels, Audi is competing at Le Mans with a hybrid in 2012.

Aston Martin set to debut V12 Zagato at the Geneva Motor Show



Take a look at some stunning pictures of Aston Martins production V12 Zagato set to debut in March at the Geneva Motor Show.

British luxury automaker Aston Martin has pulled the trigger a little early on its new Aston Martin V12 Zagato. The stylish and sporty production V12 is set to make its European debut at the upcoming Geneva Motor Show in March.

Ford unveils Shelby Mustang GT500 Convertible at Chicago Auto Show


Ford's Shelby GT500 convertible is one fast way to get a suntan.

The newest version of Ford’s most powerful Mustang, the Shelby GT500, is yet to turn a wheel in anger, but that didn’t stop Ford from unveiling a convertible version at the Chicago Auto Show.

Like the GT500 coupe, the convertible is a Mustang on steroids. The centerpiece is a 5.8 liter supercharged V8, producing 650 horsepower and 600 lb-ft of torque. That’s 100 more horsepower and 100 more lb-ft than the old version, which only had a piddling 5.4-liter engine.

Rabu, 8 Februari 2012

The Amazing Spider-Man Official Trailer #2 - Andrew Garfield Movie (2012) HD


Peter Parker finds a clue that might help him understand why his parents disappeared when he was young. His path puts him on a collision course with Dr. Curt Connors, his father's former partner.



"trailer 2" trailer official amazing "official trailer" spiderman cool theatrical HD "HD trailer" "spiderman trailer" "spiderman trailer HD" "the amazing spiderman" "the amazing spider man trailer" "the amazing spider man HD" "emma stone" "andrew garfield" "the amazing spider-man" "the amazing spider-man trailer" "Rhys Ifans" "Martin Sheen" "peter parker" "gwen stacy" "the lizard" "july 3rd 2012" 2012 marvel ultimate


[Gambar] Yang Cute Hari Ini #004 Cute Tak Saya Ni? Jom Mandi.

Jom a mandi sesama, sambil main air sabun..ngeeee....




 Cute Tak Saya Ni? Ngeee..

Isnin, 6 Februari 2012

Top 10 Filem Hebat Yang Dinantikan Tahun 2012



Khas kepada para penggemar filem atau kaki-kaki wayang sekalian. Ini adalah antara 10 filem utama yang dinantikan ramai pada tahun ini. Banyak antara filem ini adalah sambungan dari filem yang sebelum ini tak kurang juga ada filem baru. Penggemar filem superhero mestinya suka kerana banyak filem superhero akan terbit pada tahun ini.

Ahad, 5 Februari 2012

[Kajian] Ketagihan Facebook Kini Melebihi Dari Ketagihan Terhadap Rokok Dan Alkohol.



Study: Is Facebook more addictive than alcohol or cigarettes?

While the addictive nature of checking social networks has only been escalated by more smartphone sales, one study has come to the conclusion that it may be even more addictive than popular vices.

Jumaat, 3 Februari 2012

[Tips] Stop Minum Berdiri !



Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri???


Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. 

Rabu, 1 Februari 2012

[13 Gambar] Bumblebee Bugatti Di Qatar Motor Show


Model terbaru dari pengeluar kereta yang berpengkalan di Perancis ini ialah model yang di beri nama jolokan  sebagai Bumblebee Bugatti, nini kerana gabungan warna kuning dan hitam yang menggarangkan lagi penampilan model yang di kemaskini ini. Kereta ini menjadi antara tarikan utama di acara Qatar Motor Show. Model Bugatti ini telah lama memegang gelaran “world’s faster convertible”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger