Followers

Sabtu, 7 Julai 2012

Datuk Lee Chong Wei Mahu Mengakhiri Zaman Bujangnya



Pemain badminton No. 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei diberitakan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo dalam satu majlis besar-besaran yang dijangka akan dilangsungkan di Genting Highlands tahun hadapan.


Bapa Chong Wei, Lee Ah Chai memberitahu China Press bahawa kedua-dua mereka bersetuju untuk bersama setelah kenal menjalankan hubungan selama 11 lamanya. Lee berkata mereka mungkin memilih tarikh yang sesuai untuk hari besar mereka selepas acara Olimpik London nanti.

Ditemu bual di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Lee yang kini berusia 29 tahun merupakan anak bongsu di kalangan empat adik-beradik, yang terakhir akan berkahwin nanti. Chong Wei dan Mew Choo, bagaimanapun menafikan laporan itu dan enggan mengulas lanjut.

Mew Choo, 28, yang kini merupakan jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil selepas dia bersara dari semua kejohanan pada April lalu.

Jom kita usha bakal isteri pemain badminton tersohor dunia ini. Gambar dibawah dirakam semasa Mew Choo masih bermain untuk negara dahulu.




via : TheStar

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger