Selasa, 13 Mac 2012

Polis Greece Tahan Kanak-Kanak Jual Bayi

Polis Greece menahan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bersama tiga saudaranya selepas menjual bayi berusia 10 minggu pada harga (Euro) 12,5000 (RM49,598.12) dengan berpura-pura sebagai keluarga angkat. 

Polis berkata, kanak-kanak perempuan itu, emak saudaranya berusia 44 tahun dan ibu bapa emak saudaranya berusia 65 dan 71 tahun, ditahan atas tuduhan anak angkat secara haram. Kanak-kanak berusia 12 tahun itu dijangka dibebaskan selepas disoal siasat pendakwaraya.

Kejadian berlaku di Xrysoupoli, bandar kira-kira 700 kilometer timur laut Athens selepas polis bertindak atas maklumat awam dan menggunakan duit kertas yang ditanda bagi tujuan urusniaga. - AP

0 comments :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referer | Busuk

Referer | Gua Blog

Referer | Kartikel

referer | Pingje

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger