Isnin, 12 Mac 2012

Beg Udara Bagi Pejalan Kaki Pertama Di Dunia Diperkenalkan


Volvo yang merupakan pembuat kereta dari Sweden menjadi yang pertama di dunia menghasilkan beg udara luaran yang direka untuk menyelamatkan nyawa pejalan kaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Pembuat kereta dari Sweden ini adalah yang pertama di dunia yang akan melancarkan sistem keselamatan baru ini di Pameran Motor Geneva di Switzerland minggu ini.

Beg udara akan diaktifkan apabila sensor pada kereta yang mengesan perlanggaran yang berlaku dengan pejalan kaki. Setelah diaktifkan, beg udara yang terletak di bahagian bawah bonet hadapan (hood), akan keluar apabila bonet terangkat sedikit , dan seterusnya mengembung dalam bentuk-U pada pangkal cermin hadapan. Walaupun begitu ia masih membolehkan pemandu untuk terus melihat ke hadapan. Bentuk dan kedudukan beg udara itu berfungsi untuk melindungi pejalan kaki dari kecederaan serius di kepala dan leher.


Volvo berkata, 12 peratus daripada semua kematian kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat adalah melibatkan pejalan kaki. Jika pengeluar kereta lain menghasilkan ciri keselamatan yang sama atau rekabentuk yang sama dengan Volvo, ia diharapkan bilangan kematian itu boleh dikurangkan.

Kenderaan pertama yang akan menggunapakai beg udara yang baru ini adalah kenderaan hatchback terbaru dari mereka iaitu Model Volvo V40, yang juga akan diumumkan di Geneva minggu ini.




Sumber : Mashable / KY3

0 comments :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referer | Busuk

Referer | Gua Blog

Referer | Kartikel

referer | Pingje

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger