Selasa, 28 Februari 2012

Remaja Dibakar Hidup-Hidup

HULU SELANGOR – “Tolong! Tolong! Tolong! Ada orang bakar saya! Begitulah jeritan remaja itu meminta bantuan dari belakang rumah kami,” kata T Vadamalai, 56, saksi yang memberikan pertolongan kepada remaja yang dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sepakat, Bukit Tagar, dekat sini kelmarin.

Vadamalai yang ditemui di rumahnya semalam berkata, mereka sekeluarga yang ketika itu sedang tidur, terjaga dan mengintai di luar rumah sebelum memberikan pertolongan kepada mangsa jam 7 pagi.

Menurutnya, ketika ditemui remaja berusia 19 tahun itu hanya berseluar pendek dan kelihatan tidak bermaya, sementara seluruh badannya melecur berwarna merah kehitaman dengan sebahagian kulitnya sudah tertanggal.

“Kami membawanya masuk ke dalam rumah untuk berehat, namun dia meminta makanan dan minuman kerana terlalu lapar dan kami berinya air mineral, susu dan roti.

“Dia kata ada orang pukul dan simbah petrol sebelum membakarnya di simpang jalan (persimpangan Felda Sungai Tengi dan Bestari Jaya menghala Plaza Tol Bukit Tagar) dan membiarkannya di situ,” katanya.

Vadamalai berkata, mangsa turut meminta menghubungi keluarganya dan dalam kesakitan dia bercakap dengan bapanya sambil meminta diselamatkan.

Menurutnya, remaja itu kelihatan menggeletar seluruh badan sebelum berehat sementara menunggu ketibaan ambulan jam 8.20 pagi dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, Vadamalai terkejut setelah mendapat tahu remaja itu dalam keadaan kritikal dan di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Kami tidak tahu di mana tempat sebenar dia dibakar.

“Baju remaja itu ditemui dengan kesan terbakar di tengah pembahagi jalan iaitu kira-kira 400 meter dari plaza tol,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Keadaan mangsa masih kritikal dan kita menunggu maklumat daripada mangsa bagi membantu siasatan,” katanya. - SinarHarian

0 comments :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referer | Busuk

Referer | Gua Blog

referer | Pingje

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger