Followers

Selasa, 28 Februari 2012

Lega Ianya Berakhir, Setelah Sedekad Diganggu Babi Hutan

MUAR – Masalah gangguan babi hutan yang dihadapi lebih 1,000 penduduk Air Hitam sejak sedekad lalu bakal berakhir apabila operasi memburu haiwan tersebut mula dilakukan sejak kelmarin.

Penghulunya, Ariffpudin Abd Latif berkata, operasi itu terpaksa dilakukan setelah menerima banyak aduan dan rungutan daripada penduduk mendakwa berhadapan kesulitan dengan kehadiran haiwan itu di kampung mereka.

Menurutnya, gangguan itu menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini dan terdapat lebih 2,000 babi hutan menyerang Kampung Sri Sempadan, Kampung Batu 18 dan Kampung Parit Haji Anuar, Air Hitam, dekat sini.

“Paling ketara apabila gangguan itu juga melibatkan empat kejadian kemalangan maut membabitkan penung­gang basikal dan motosikal dengan babi hutan di kampung ini.

“Sejak itu, kami terima banyak desakan penduduk yang mahu tindakan segera memusnahkan haiwan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, ini mendorong Jawatankuasa Pe­nye­laras Mukim-mukim (JPMM) Bukit Naning bersama Ge­rakan Belia 4B, Jabatan Per­lindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Muar Shooting Club menganjurkan operasi memusnahkan haiwan tersebut.

Ariffudin berkata, operasi itu diketuai oleh Muar Shooting Club yang melibatkan 80 ahlinya untuk memburu haiwan berkenaan di tiga kawasan kampung terbabit.

Jelasnya, kehadiran babi hutan yang dipercayai dari negara jiran itu semakin tidak terkawal dan menjadikan kawasan hutan simpanan Air Hitam sebagai tempat persembunyian.

“Setiap hari haiwan ini akan berkelarian di kawasan rumah penduduk pada waktu pagi dan petang menjelang ke malam, terutamanya selepas hujan.

“Penduduk di sini sudah buntu mencari jalan penyelesaian masalah ini termasuk memasang perangkap tetapi tidak berjaya,” katanya.

Katanya, operasi tersebut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Datuk Abdullah Ali yang menaja RM2,400 untuk membeli peluru senapang.

Penduduk yang hanya dikenali sebagai Ramli, 40-an berkata, dia berasa lega apabila operasi memburu babi hutan telah dilakukan.

“Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit te­kanan yang dihadapi pendu­duk sejak haiwan ini ber­­­­maharajalela di kampung.

“Saya dan keluarga bukan hanya hidup dalam ketakutan, tetapi terpaksa menanggung kerugian kerana banyak tanaman anak kelapa sawit yang musnah dirosakkan oleh haiwan ini,” katanya. - SinarHarian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger