
LAS VEGAS - Deretan TV berukuran 55 inci yang menggunakan skrin OLED milik Samsung Electronics dipamerkan di acara CES 2012 yang berlangsung di Las Vegas, Nevada, 10-13 Januari 2012 silam. Lebih dari 3.100 syarikat menyertai, dan dipadati oleh 140.000 orang Setelah plasma, LCD, dan LED, kini teknologi pada skrin televisyen masuk babak baru. Dalam pameran Consumer Electronic Show (CES) di Las Vegas, syarikat TV terbesar di dunia seperti Samsung dan LG mengenalkan teknologi skrin televisyen yang disebut OLED.
OLED atau Organic Light Emitting Diode, sebenarnya bukanlah teknologi yang benar-benar baru. OLED sudah banyak digunakan oleh smartphone lantaran pengambilan kuasa yang rendah, saiz super nipis, serta kemampuannya memaparkan gambar tajam, warna cemerlang, dan hitam yang sempurna. Tapi, sebelum CES 2012, belum ada satu penjual pun yang boleh membawa teknologi OLED ini ke skrin HDTV yang umumnya berukuran besar-besar itu. Sony sebenarnya sudah melihat potensi OLED sejak 2007 lagi. Malangnya, mereka hanya mampu mencipta skrin OLED untuk HDTV berukuran maksimum 11 inci. Harganya pun teramat mahal ketika itu, mencapai sehingga USD2, 500 seunit. Di dalam acara CES 2012 tempoh hari, akhirnya para penjual elektronik meneui cara untuk membuat OLED sehingga boleh mencapai saiz HDTV yang sangat besar iaitu 55 inci.
TV berskrin OLED ini muncul dalam tapak pameran milik Samsung dan LG dan terus mencuri perhatian semua. Teknologi OLED berbeza dengan LCD, kerana setiap piksel boleh menyala dengan sendirinya. Pada teknologi ILCD atau LED-backlit, gambar dibentuk di lapisan liquid crystal. Lalu ia dinyalakan dengan LED di sisi atau bahagian belakangnya. Tetapi bagi OLED, ia tidak mempunyai backlight. Ini kerana dengan pikselnya sendiri memang berwarna hitam (gelap). Yang membuat warna hitam skrin jadi muncul benar-benar hitam, serta penggunaan kuasa pun semakin berkurang. Tidak hanya itu, OLED memiliki bentuk yang begitu nipis, sehinggakan hanya 0.6 inci.
TV OLED ini jauh lebih jernih dan mempunyai ketepatan warna (colour precision) yang hebat. Semua TV ini sudah dibekalkan dengan teknologi smart interaction, Samsung Apps, 3D, dan multitasking. Skrin OLED juga mempunyai sudut pandang yang lebih luas, yang tidak dimiliki oleh skrin LCD.
via : okezone
via : okezone
LED screen pun da cukup mantap da
BalasPadamDgr citer skrin lutsinar pun Samsung dah cipta...canggih..
Padamlagi canggih la benda nih....nak tunggu sampai malaysia lah baru nak tukar tv lama tu...
BalasPadamnnati ader la tuh...sekarang teknologi cepat dah sampai sini...janji ada duit jerk...kan ?
Padam