Followers

Ahad, 15 Januari 2012

Hacker Anonymous Lumpuhkan Laman Porno Kanak-kanak



Hacker Anonymous sekali lagi membuktikan bahawa hacker adalah golongan yang juga perihatin terhadap masalah sosial seperti pronografi terutamanya di kalangan kanak-kanak. Selepas serangan terhadap beberapa syarikat besar dengan tujuan mendedahkan kelemahan tahap keselamatan laman web mereka, terbaru hacker Anonymous telah membuat kerja amal dengan melumpuhkan lebih 40 laman web terkenal yang mengandungi bahan porno kanak-kanak.
Antara laman yang terkenal yang telah dilumpuhkan ialah Lolita City yang mengandungi lebih 100 GB video porno yang melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur. Usaha yang dikenali sebagai “Operation Darknet” ini dijalankan oleh Anonymous untuk menghapuskan pornografi yang berleluasa di rangkaian Tor. Rangkaian yang pada asalnya dibina untuk U.S. Navy bagi melindungi saluran komunikasi mereka kemudiannya dibuka untuk kegunaan awam yang inginkan privacy mereka dilindungi. Sebaliknya kemudahan ini telah disalah gunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sebagai tempat simpanan video porno.
Anonymous dalam kenyataan mereka baru-baru ini berkata :
Remove all child pornography content from your servers. Refuse to provide hosting services to any website dealing with child pornography. This statement is not just aimed at Freedom Hosting, but everyone on the internet. It does not matter who you are, if we find you to be hosting, promoting, or supporting child pornography, you will become a target. 

Admin - Amacam ader berani hackers dari Malaysia nak buat macam ni? Kalau korang ader telor, gunalah skil korang tu hack blog2 pencacai macam Parpukari, PapaGomo  dan banyak lagi yang x abis2 menyebarkan fitnah dan media penyesat minda rakyat ni. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger