Followers

Selasa, 10 Januari 2012

Fujitsu Mula Menunjukkan Tablet Dan Telefon Android Mereka Yang Kalis Air


Salah satu daripada yang menarik yang berlaku pada acara CES 2012, salah satu pengeluar elektronik terkemuka dari Jepun, telah menunjukkan produk terbaru mereka. Apa yang menariknya, mereka telah membuat demontrasi keatas dua gajet mereke iaitu sebuah tablet dan telefon yang berasaskan Adnroid. Dimana mereka telah memperlihatkan yang mana tablet dan telefon itu kalis air dengan meneggelamkan semua gajet tersebut ke dalam mangkuk air. Tengok video di bawah. 

Mungkin ini antara strategi mereka dalam memasuki era persaingan tablet dan telefon pintar yang semakin hari semakin pesat berkembang. Maka ini mungkin salah satu point mereka untuk menarik minat pengguna masa kini.

Walaubagaimana pun diberitahu bahawa tablet mereka itu belum mempunyai nama rasmi lagi sepertimana juga telefon tersebut. Tetapi mereka mengatakan bahawa telefon pintar mereka itu nanti akan menjadi telefon pintar Android ternipis di dunia.




Lepas ini kalau sesiapa yang suka main telefon atau tablet mereka masa mandi, no hal lah.. siap boleh menyelam dalam tab lagi. hehehe...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger