
Kumpulan di sebalik CyanogenMod (Android custom ROM) telah mendedahkan rancangan terkini mereka untuk membuka app store mereka sendiri. Dimana Apps yang dulunya pernah dibuang daripada Android Market sekali dengan apps yang sesuai untuk semua Rooted Android Phone akan ada di situ nanti.
Perkara ini didedahkan oleh salah seorang pembangunnya, Koushik Dutta berkata store yang lebih independent perlu untuk menambah sumber pendapatan untuk CyanogenMod yang sekarang ini amat popular dan digunapakai oleh lebih dari sejuta telefon android.
Selepas ini, apabila dilancarkan ia akan memuatkan Apps yang sebelum ini tidak lepas atau dinafikan untuk masuk ke Android Market, akan berada di store mereka ini nanti.
Walaupun projek ini baru dimulakan sahaja, tengok saja pada screenshot di atas ini, tetapi ia bakal membuka banyak lagi pilihan apps untuk para pengguna Rooted Android Phone nanti selain dari Android Market milik Google sekarang.

0 ulasan:
Catat Ulasan