Selasa, 17 Januari 2012

Aksi Gadis Bertudung Di Restoren Mahal

Gambar Hiasan - Kredit google

Di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. 
Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : "gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.." 

Seorang anak muda pulak menyampuk: "ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...." 

Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni...".. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... 

Lelaki tu berkata: 
♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung. 
♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu. 
♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor. 

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

p/s : Bukti Islam ini Syumul, merangkupi semua perkara, malahan benda-benda kecil dan remeh temeh seperti makan pun ada dinyatakan adab dan sopannya. Agama lain ada? Tu pun masih ramai lagi hok duk lawan Islam. Tak boleh nak fikir ker? Selamat beramal...

sumber : sini 

0 comments :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referer | Busuk

Referer | Gua Blog

Referer | Kartikel

referer | Pingje

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger