
Acer sekali lagi mendabik dada dengan menyatakan model terbaru daripada mereka iaitu Aspire S5 adalah Ultrabook paling ternipis di dunia dengan ukuran ketebalan kurang dari 15mm sahaja.
Perkara itu diumumkan hanya sehari sahaja sebelum bermulanya acara Consumer Electronics Show (CES) 2012 yang dijadualkan bermula pada 10 hingga 13 Jan 2012.
Komputer riba ultra-nipis dari Acer ini mempunyai saiz ketebalan hanya 15mm dan berat lebih kurang 1.35 kg. Ia mempunyai LCD skrin 13.3 inci dan supaya selaras dengan ciri-ciri komputer Ultrabook yang dikenakan oleh Intel.
Aspire S5 itu juga akan menampilkan ciri teknologi unik dari Acer iaitu "Acer Green Instant On" yang memberikan boot pantas serta, perisian "Acer’s Always Connect" yang memberikan pengguna keupayaan untuk menguruskan semua data da fail multimedia mereka pada semua peranti mereka, dari mana-mana sahaja lokasi.







Acer Aspire S5 juga turut sama membawakan slot Thunderbolt bersama-sama dengannya untuk permindahan data, serta beberapa sokongan yang lain.Dari segi daya tahan bateri pula, Aspire S5 diperkatakan akan bertahan selama lebih kurang 8 jam.
sumber : amanz / digitaltrends
0 ulasan:
Catat Ulasan