
Kereta Konsep selalu di reka untuk menunjukkan bahawa teknologi permotoran mampu berevolusi dengan lebih jauh, dengan mempraktikkan pelbagai teknologi terkini dan inovasi termaju.
Namun bukan semua kereta-kereta ini disasarkan untuk pengeluaran, kerana halangan kos mungkin atau mungkin imiginasi melampau yang tak larat untuk direalisasikan kot. Apa-apa pun dibawah ini disenaraikan beberapa kereta-kereta konsep yang telah timbul dalam tahun ini, 2011 dari pelbagai pengeluar kenderaan. Sesetengahnya mungkin boleh dibina dan di jual namun sesetengahnya mungkin hanya rekaan impian arkitek semata-mata.
Toyota Fun-Vii
Kereta konsep dari pngeluar Toyota ini mungkin nampak tersangat konsep. Pertama kali kita dihidangkan dengan konsep rupa luaran kereta yang senag-senag jer untuk diubah kepada apa jua corak atau tulisan yang dingini. Ini menjadikan kereta ini sangat unik dari konsep-konsep yang lain.
Honda AC-X Concept
Lagi konsep dari pengeluar Jepun, iaitu Honda. AC-X adalah singkatan kepada teknologi Advanced Cruiser eXperience mereka. Yang menarik mengenai teknologi ini ialah tentang sokongan mod pemanduan automatik seperti yang kita pernah lihat dalam filem sains fiksyen seperti Robot dan Minority Report.
Ferrari Millenio Concept

Tidak dinafikan lagi tentang rekaan canggih kereta-kereta Ferrari ini. Sememangnya ianya sanag anggun lebih-lebih lagi pada kereta konsep mereka ini. Kereta ini dijanakan menggunakan kuasa dua enjin elektrik yang dicaskan menggunakan solar. Rekaan badan yang cantik juga boleh digunakan sebagai panel solar, hasil dari rekaan teknologi.
Citroen CCrab

Kereta ketam? Idea para pereka dari Citroen ini sebenarnya datang dari ilham untuk mengalakkan kesesakan kenderaan dibandar. Dengan keupayaan bergerak seumpama ketam, bebas dan senang untuk parking, mungkin juga ia adalah idea yag sangat menarik.
Nissan Pivo 3 Concept EV
Kali ini dari Nissan pula. Lagi konsep kereta elektrik yang dijanakan menggunakan teknologi EV terkini dari Nissan. Dengan rekaan badan yang sleek ia nampak sedikit kompak. Sememangnya inovasi pemanduan automatik sanga digemari, sehinggakan Pivo 3 ini juga di integrasikan dengan teknologi sedemikian, seperti mod parking automatik, dan lebih canggih lagi, ia boleh dikawal dengan menggunakan telefon pintar.
Ferrari Celeritas

Konsep kedua dari Ferrari. Rekaan kedua dari Ferrari ini nampak lebih sporty dan menampakkan kuasa memecut yang maksimum. Tengok saja lah bahagian blok enjin menonjol di belakang tu. Dah nak sama macam F1 dah tu.
Cukuplah tu, banyak-banyak pun bukan nya dapat beli pun kan. kalau x puas hati lagi korang godek-godek lah Google mana tahu jumpa yang lagi menjolok mata kan? Hehehe.. Adios Wassalam.
Terima kasih singgah di sini.

Konsep kedua dari Ferrari. Rekaan kedua dari Ferrari ini nampak lebih sporty dan menampakkan kuasa memecut yang maksimum. Tengok saja lah bahagian blok enjin menonjol di belakang tu. Dah nak sama macam F1 dah tu.
Cukuplah tu, banyak-banyak pun bukan nya dapat beli pun kan. kalau x puas hati lagi korang godek-godek lah Google mana tahu jumpa yang lagi menjolok mata kan? Hehehe.. Adios Wassalam.
Terima kasih singgah di sini.




















