Followers

Ahad, 30 Oktober 2011

Akibat Membakar Bendera Pasukan Lawan, Lelaki Dibelasah Teruk


Shah Alam, 29 Oktober. Seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Memang cari sakit dia ni, memang x patut provok-provok x kene tempat, nasib x tido terus. Huhuhu...

artikel asal : milosuam

Kajian | Kanak-Kanak Kini Lebih Terdedah Kepada Gadget Berskrin



Apa yang berlaku kepada bacaan cerita sebelum tidur bagi kanak-kanak? Satu kajian yang dijalankan oleh Common Sense Media telah mendapati bahawa kanak-kanak di Amerika yang berusia antara 0 dan 8 kini meluangkan lebih daripada tiga kali ganda jumlah masa menonton televisyen daripada membaca buku. atau dibacakan buku kepada mereka. Kajian ini juga melihat peningkatan penggunaan alat-alat mudah alih oleh kanak-kanak.

Sesiapa yang mempunyai anak kecil atau anak saudara akan tahu betapa mudahnya kanak-kanak ini mendekati dan mengadaptasi peranti seperti telefon pintar dan tablet. Dalam masa beberapa minit sahaja mereka seolah-olah telah memahaminya, menyapu skrin, menekan butang, dan mungkin juga membeli beberapa perkara yang tidak perlu bagi mereka.

Satu kajian baru-baru ini oleh Common Sense Media melihat penggunaan peranti mudah alih oleh kanak-kanak di Amerika Syarikat, serta lain-lain alatan media berskrin di rumah. Ia mendapati bahawa ramai kanak-kanak kini menghabiskan lebih daripada tiga kali ganda jumlah masa mereka dengan media berskrin daripada apa yang mereka lakukan dengan buku-buku. Walaupun penggunaan peranti mudah alih yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak, televisyen yang masih menguasai kehidupan mereka.

Menurut hasil kajian itu, 53 peratus daripada semua kanak-kanak mempunyai akses kepada peranti mudah alih seperti telefon pintar atau komputer tablet, dengan 20 peratus daripada semua ibu bapa yang mempunyai aplikasi yang dimuat turun khusus untuk anak-anak mereka untuk digunakan.

Nampaknya 10 peratus daripada 0 - 1 tahun kanak-kanak berumur telah menggunakan peranti mudah alih, walaupun kurang tahu tentang kegunaannya dan tidak pasti apa manafaatnya kepada mereka.

Pada hari-hari biasa, keputusan dijumpai bahawa 11 peratus daripada semua kanak-kanak berusia 0 - 8 tahun menggunakan peranti mudah alih, menghabiskan purata 43 minit dengan alatan tersebut.

Komputer juga digunakan secara meluas, dengan 22 peratus daripada kanak-kanak berusia 5 - 8 tahun menggunakan satu sekurang-kurangnya sekali sehari, dan 46 peratus sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kajian ini juga mendapati bahawa:

- Wujud jurang digital yang ketara. Walaupun 72 peratus daripada kanak-kanak berumur 0 - 8 tahun mempunyai komputer di rumah, akses kepadanya di antara dari 48 peratus di kalangan mereka berasal dari keluarga berpendapatan rendah (di bawah $ 30.000 setahun) dan 91 peratus di kalangan keluaraga berpendapatan lebih tinggi (lebih $ 75.000 satu tahun).

- "Jurang Aplikasi" juga telah diwujudkan. Hanya 14 peratus daripada ibu bapa berpendapatan rendah yang pernah memuat turun aplikasi untuk anak-anak mereka untuk digunakan, berbanding dengan 47 peratus daripada ibu bapa berpendapatan tinggi. 38 peratus daripada ibu bapa berpendapatan rendah berkata mereka tidak tahu alangsung tentang aplikasi, berbanding dengan hanya 3 peratus daripada ibu bapa berpendapatan tinggi.

- Pada hari-hari biasa, kajian itu mendapati, 47 peratus daripada bayi yang berusia antara 0 dan 1 menonton televisyen atau DVD, dengan purata hampir dua jam (1 jam 54 minit) digunakan untuk menonton.

- Hampir satu dalam tiga (30 peratus) kanak-kanak berumur di antara 0 dan 2 mempunyai televisyen di dalam bilik tidur mereka.

- Kanak-kanak berumur di antara 0 dan 8 tahun menghabiskan purata 1jam 44 minit sehari menonton televisyen atau DVD, berbanding dengan hanya 29 minit membaca buku-buku atau dibacakan cerita kepada mereka.

Tujuan sebenar kajian Common Sense Media adalah untuk menunjukkan kepada mereka yang mementingkan galakan perkembangan kanak-kanak yang sihat - seperti pendidik, pakar kanak-kanak dan peguam bela kesihatan awam - dengan maklumat yang boleh dipercayai tentang penggunaan media di kalangan kanak-kanak.

Hampir 1,400 ibu bapa dengan kanak-kanak yang berumur di antara 0 - 8 terlibat dalam soal selidik kajian ini .

jadi, kita di Malaysia macam mana agak-agaknya. Dengan perkembangan perbagai peranti mudah alih ini, dan capaian kepada anak-anak kita, maka tentu sekali tidak mustahil hal ini akan terjadi kepada generasi kita kelak. Sama ada elok atau tidak, yang saya pun kurang pasti, maka dikhuatiri jika terlalu asyik dengan alatan gadget sahaja dirasakan seperti kurang elok jika tidak diseimbangkan dengan aktiviti riadah luar yang boleh menggerakkan tulang seperti bersukan.

Itu hanya pandangan saya, apa pandangan dari anda semua pula?


sumber artikel : dt
sumber gambar : 26kot / Shutterstock

Sabtu, 29 Oktober 2011

'Gua Ikut Enta' The Movie

'Gua Ikut Enta' The Movie adalah siri video pengenalan dan kepada satu majlis yang paling bagus untuk anak-anak muda masa kini berkumpul dan bertarbiah. Dengan segala masaalah sosial yang menjadi-jadi sekarang ini, marilah kita sama-sama menyucikan diri dan menambah ilmu agama, kerana hanya dengan ilmu agama sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada permasaalahan sosial masa kini, Insya'Allah.

Movie ini telah diterbitkan sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia. Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 berlangsung selama 3 hari bermula 28 Oktober sehinga 30 Oktober 2011 bertempat di KUIZM, Taman Melewar, Selangor.

Jom kita tengok video bersiri ini, dan moh la kalau ada kelapangan kita sama pergi yer...






Tahun ini Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 akan dilangsungkan pada 28, 29 dan 30 Oktober 2011 [ Jumaat, Sabtu dan Ahad ] di Shah Alam Selangor. Lokasi dan Tentatif secara spesifik dan lengkap akan dimaklumkan sedikit hari lagi.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bukan sahaja merupakan organ PAS yang begitu signifikan, malah ia dilihat sebagai medium kaderisasi bagi membentuk jundi dan melahirkan qiadi yang akan menggerakkan PAS pada masa akan dating. Justeru, DPPM perlu memastikan jiwa kepemudaan anggotanya diasah dengan fikrah perjuangan Islam yang ‘genuin’ disamping menerapkan kefahaman politik yang syumul.

DPPM menyedari bahawa survival gerakan Islam yang kita dokongi ini bergantung kepada sejauh mana persiapan yang kita telah lakukan bagi melahirkan kepimpinan pada masa akan datang. Pasca pilihanraya umum ke-12 telah membuktikan bahawa usaha PAS untuk mendapat sokongan rakyat membuahkan hasil. PAS bukan sahaja dapat memperolehi undi yang tinggi, malahan mesej Islam yang dilaung-laungkan selama ini berjaya disampaikan kepada masyarakat.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) perlu menyediakan kader-kader yang mantap dan berkualiti untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa yang mendatang khususnya dalam mengisi makna kemenangan dan memimpin kebangkita anak muda.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam ucapan penangguhannya semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat telah menggarapkan TIGA perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap pemuda PAS;

1. Responsif terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan negara
2. Optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong
3. Sensitif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah

Penganjuran Ijtima’ Tarbawi DPPM kali ini diharapkan dapat membentuk pemuda-pemuda PAS yang mempunyai jatidiri dan kriteria yang diharapkan. Sekaligus agar dapat menyesuaikan kapasiti diri mengikut perkembangan dalam lanskap politik negara, di samping tidak meninggalkan kepentingan disiplin sebagai ahli gerakan Islam.

OBJEKTIF
  • Membentuk jundi dan qiadi PAS yang mempunyai fikrah perjuangan Islam.
  • Melahirkan pemuda PAS yang memiliki ciri-ciri ROS (Responsif, Optimis, Sensitif).
  • Sebagai satu medan untuk meningkatkan kesedaran & komitmen ahli terhadap gerakkerja DPP.
  • Meningkatkan kebersamaan dan perasaan ‘sense of belonging’ terhadap DPPM.
  • Merapatkan ukhuwah ahli DPPM serta mewujudkan wehadatul fikr dan wehdatul ‘amal.
  • Motivasi gerakkerja pilihanraya sebagai satu kewajipan

PAS sudah menghampiri umurnya 60 tahun sebagai gerakan Islam yang menggunakan medium politik dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat. Perjuangan yang dibawa oleh PAS memerlukan rijal-rijal yang komited dan berkualiti demi mencapai kemenangan. DPPM adalah salah satu medan untuk melahirkan kelompok ini. Semoga DPPM akan menjadi sebuah entiti penting dalam memberikan sumbangan tenaga pemuda dan membantu menggerakkan parti di semua peringkat


Semoga dengan penganjuran Ijtima' tarbawi kali ini akan memberikan impak positif dalam menggerakkan DPPM ke arah yang lebih baik menyantun kondisi semasa dalam politik tanah air dan senario masyarakat tanpa meninggalkan fikrah perjuangan yang tulen.

Tentatif Program :

Hari Pertama : 28 Oktober 2011 - Jumaat

________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta

4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat

5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah

5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri

6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.30 pm : Perasmian :

Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah

9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Pidato Tarbawi

Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Ustaz Nasrudin bin Hassan
Syeikh Ahmad Najjar [ dari HAMAS Palestine ]
Yb Hj Salahudin bin Ayub


12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 - sabtu

____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat

5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat

6.10 - 6.50 am : Kuliah ar Ruuhiyah:
Oleh: al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi

8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi
Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari

1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Landskap Politik Semasa

Ahli Panel :

Dato' Mustafa Ali
Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik

Oleh : al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
[ Ahli Majlis Syura Ulama' ]

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.15 - 11.45 pm : Ceramah Pentas Pemuda

Penceramah:

Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Dr. Kamal Al Helbawi dari Ikhwanul Muslimin Mesir
Yb. Dato' Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) - Alu-aluan
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - ahad

_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Ar Ruuhiyah 2:
Oleh : Ustaz Idris Ahmad [Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat]

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda :
Tajuk : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda

oleh :
Ust Nasrudin HassanTantawi
Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Dr. Raja Iskandar al Hiss


10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup oleh :
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi ,
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss
Sany Hamzan [Pengarah JPP DPPM ]

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai


[TV Series Download] Maharaja Lawak Mega | Update Episod 01






Info : Maharaja Lawak Mega (2011) | Country: Malaysia | Language: Malay | Genre: TV Show | Format MKV | Subtitle: None | Quality: SDTVRip

Pengacara : AC Mizal Panel Juri Tetap: Dato’ Chef Wan,Dato’ Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan

Sinopsis : Kejayaan program Maharaja Lawak yang lalu ternyata telah mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi. Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa u
ntuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara iaitu MAHARAJA LAWAK MEGA khas untuk para penonton.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak profesional terhebat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. sistem penghakiman akan dilakukan oleh tiga juri profesional yang me
wakili 70 peratus markah dan selebihnya kepada undian penonton.

SENARAI PESERTA

Kumpulan :
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Ra
p (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo :
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid

Download :


Episod 01



kredit : upload by jieazzmovie.net

p/s : selepas download kesemua part, join menggunakan hj split, download sini.

p/s : selamat menonton.

[ Gambar ] Serius Ganas | Mug Untuk Para Gangster

Korang rasa korang Gangster ka? Ader brani mari sini la kita lawan minum2 kopi dulu.... Lu jangan langsi sama wa la, kita minum dulu... hahaha...

Kalau Gangster minum mesti kene nampak macam ganas juga kan, so aper lagi ni lah Mug para Gangster tu minum kopi nanti...


[ads] Laman web untuk para jelitawan sahaja


Lagi gambar :

[ads] Sukakan tawaran hebat sambil tidak mahu diabaikan tentang keselesaan? Ada disini

[ads] Nak kan kelajuan internet sehingga 30Mbps? Sekarang boleh disini


Ni baru dikatakan jiwa Gangster sebenar kan... hahahaha.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Nokia mengumumkan Lumia 800 dan 710 dengan Windows Phone 7.5 ( Mango ) - Semua Yang Anda Perlu Tahu Disini



Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Nokia Stephen Elop, memulakan acara Nokia World 2011 dengan membongkar enam telefon baru termasuk dua Windows Phone 7.5 handsets: Lumia 800 dan Lumia 710.



Nokia Lumia 800



Telefon Nokia yang berasaskan Window Phone ini merupakan evolusi daripada reka bentuk N9, yang telah menjadi satu pelancaran Nokia yang paling berjaya di beberapa bahagian dunia (Rusia) walaupun menggunakan sistem operasi MeeGo.

Specs :

Screen: 3.7-inch AMOLED ClearBlack curved display
Thickness: 12.1mm
Processor: 1.4GHz processor
Storage: 16GB internal storage, 25GB of free SkyDrive storage
RAM: 512MB
Camera: 8MP, Carl Zeiss lens
Battery life: 8.5 hour talk time, 7 hour video playback time
Charging: Micro USB
Colors: Cyan, black, magenta
Price: 420 euros (Eropah)



Nokia Lumia 710



Lumia 710 akan dijual sebagai alternatif yang lebih murah kepada Lumia 800. Ciri utama penutup belakangyang boleh ditukar-tukar dan pemilihan warna yang berbeza daripada 800. Hayat bateri, kamera, dan skrin yang agak lemah, walaupun dalamannya menjalankan kuasa pemproses yang sama, dan dilengkapi dengan slot kad microSD, tidak seperti 800.

Specs:

Screen: 3.7-inch
Thickness: 12.5mm
Processor: 1.4GHz processor
Storage: 8GB internal storage, 25GB of free SkyDrive storage, microSD
RAM: 512MB
Camera: 5MP, Carl Zeiss lens
Battery life: 7.6 hour talk time, 6 hour video playback time
Charging: Micro USB
Colors: Black, white (with WP7 tile-colored swappable backplates)
Price: 270 euros (Eropah)



Peranti Symbian Baru



Di acara tersebut, Nokia juga mengumumkan Nokia Asha 200, 201, 300, dan 303. Peranti ini bertujuan untuk pasaran di negara-negara membangun, dan dijalakan oleh OS Nokia Series 40, yang kini mempunyai Angry Birds. Kesemua peranti ini mempunyai QWERTY keypad dan pelayar web yang memampatkan laman web sehingga 90 peratus untuk menjimatkan bandwidth. Spec yang lebih tinggi iaitu Asha 300 dilengkapi dengan keupayaan dwi-SIM, skrin sentuh kapasitif, 3G, dan 1GHz pemproses.

Aplikasi eksklusif Nokia Windows Phone

Semua aplikasi ini adalah didatangkan secara percuma dan eksklusif untuk peranti Nokia Windows Phone.

Nokia Drive : 


Nokia membawakan sistem pemanduan dengan arahan kepada Windows Phone. Ia diharapkan sama seperti yang ditawarkan oleh Google Android, tetapi menggunakan enjin peta Nokia Navteq.

Nokia Public Transport : 


Aplikasi ini tidak ditunjukkan tetapi telah diumumkan. Ia akan menyokong 430 bandar raya di seluruh dunia dan akan mempunyai info transit awam. Di 45 bandar-bandar, setiap minit waktu bas dan laluan kereta bawah tanah akan disediakan.

ESPN Hub : 


Dapatkan skor, kemas kini, dan tonton klip video pasukan sukan kegemaran anda. Aplikasi ESPN akan membolehkan anda pin sukan atau pasukan kegemaran anda terus ke halaman peribadi untuk mendapatkan maklumat terkini tentang informasi setiap masa.

Nokia Music :


Ini juga tidak dijelaskan secara terperinci pada acara tersebut, tetapi Nokia telah menunjukkan Mix Radio, ciri baru yang merupakan asasnya, anda boleh memilih antara campuran yang dibuat oleh Nokia dan dengan serta-merta mula mendengar tanpa perlu mendaftar atau berbuat apa-apa, sama seperti radio. Lebih baik lagi, anda boleh memuat turun campuran untuk didengar diluar talian. Dengan keupayaan untuk mewujudkan campuran anda sendiri dengan menaip nama artis, perkhidmatan ini mempunyai banyak persamaan seperti Pandora. Tidak akan dikenakan bayaran dan tiada halaman pendaftaran. Ia kononnya hanya bekerja secara percuma.

Nokia Live View: 


Ini akan menjadi Aplikasi tambahan untuk telefon Nokia, tetapi tiada butir-butir terperinci diberikan.

Rabu, 26 Oktober 2011

Apple Kini Memiliki Paten Membuka Kunci Skrin Sentuh



Jika anda mempunyai telefon atau tablet yang memerlukan anda 'slide to unlock' untuk membuka kunci peranti, diberitakan bahawa ia kini secara rasmi melanggar paten terbaru Apple. Apple kini telah berjaya memiliki paten untuk membuka alat-alat skrin sentuh dengan gerakan yang bergerak.

Terbaru, Apple kini telah dianugerahkan paten mendahului pengeluar alatan skrin sentuh yang lain, sekaligus bakal menjadikan perebutan paten di masa depan bakal lebih menarik dan hangat. hari ini Apple secara rasmi satu-satunya syarikat yang dibenarkan ( memiliki paten ) untuk membuka kunci peranti skrin sentuh dengan menggunakan gerakan gelongsor. Kita lihat ini digunakan pada kebanyakan peranti Apple sebagai "slide to unlock", tetapi hampir setiap sentuhan skrin telefon atau tablet di pasaran pada masa ini menggunakan beberapa bentuk gelongsor untuk membuka kunci peranti.

Apple asalnya memohon hak paten ini pada bulan Disember 2005, tetapi ia tidak muncul pada peranti mereka sehingga Januari 2007 apabila Steve Jobs melancarkan iPhone generasi pertama. Melihat bagaimana setiap peranti Android juga menggunakan beberapa bentuk isyarat gelongsor untuk membuka peranti, ini mungkin bakal menjadi titk permulaan perang paten yang semakin hebat di masa depan nanti.

Bahasa paten itu adalah sangat terbuka, dan pada dasarnya apa-apa jenis gelungsur yang digunakan pada skrin sentuh untuk membuka kunci peranti akan melanggar paten. Ia akan menjadi sangat menarik untuk melihat bagaimana ini paten yang baru diberikan akan memberi kesan pertempuran masa depan dalam undang-undang di kalangan sistem operasi skrin sentuh. 

Baca sendiri keterangan paten di bawah.

A device with a touch-sensitive display may be unlocked via gestures performed on the touch-sensitive display. The device is unlocked if contact with the display corresponds to a predefined gesture for unlocking the device. The device displays one or more unlock images with respect to which the predefined gesture is to be performed in order to unlock the device. The performance of the predefined gesture with respect to the unlock image may include moving the unlock image to a predefined location and/or moving the unlock image along a predefined path. The device may also display visual cues of the predefined gesture on the touch screen to remind a user of the gesture. In addition, there is a need for sensory feedback to the user regarding progress towards satisfaction of a user input condition that is required for the transition to occur.

p/s : Hah sekarang ader berani nak tiru-tiru lagi? Apple tunggu tu nak saman. Hahaha...

Isnin, 24 Oktober 2011

Gempa Turki: Angka Kematian Lepasi 200 Orang, Diramal Terus Naik

Pasukan mencari dan menyelamat membantu mereka yang terperangkap dalam runtuhan bangunan ekoran gempa bumi di Ercis. — Foto Reuters
 
ISTANBUL, 24 Okt — Lebih 200 orang disahkan terbunuh dalam gempa bumi berukuran 7.2 yang memusnahkan bahagian barat Turki, kata Menteri Dalam Negeri Idris Naim Sahin hari ini.

Beliau yang menyelia operasi kecemasan di Ercis, salah satu bandar yang teruk dilanda gempa bumi, Idris berkata, seramai 117 orang disahkan maut di Ercis manakala 100 lagi terbunuh di Van.

Seramai 1,090 lagi dilaporkan cedera dalam gempa bumi yang melanda petang semalam, katanya.

Pegawai-pegawai mendakwa beratus-ratus orang masih belum dikesan.

Terdahulu, Perdana Menteri Tayyip Erdogan berkata sekurang-kurangnya 138 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang menggegarkan Turki semalam, tetapi bilangan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di wilayah Van masih belum diketahui.

Tayyip melawat bandar Ercis menggunakan helikopter untuk melihat tahap kerosakan dan kemusnahan.

Sebalik sahaja kembali daripada tinjauan, Tayyip dalam satu kenyataan disiarkan menerusi televisyen berkata, sekurang-kurangnya 93 orang disahkan terbunuh di bandar Van dan 45 lagi di Ercis.

Tayyip menambah Turki berupaya untuk menangani malapetaka itu dan mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang hendak menghulurkan bantuan termasuk Israel dan Armenia, kerajaan yang mempunyai hubungan dingin dengan Ankara sejak kebelakangan ini. — Reuters


Hari Isnin Di Dalam Sejarah Islam | Nabi Idris as Diangkat Ke Langit

 
 
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud :

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.

Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.

Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.

Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.

Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as. : “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”

Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”

“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”

“Benar ya Idris.”

“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”

“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”

“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”

“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”

Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.

Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.

Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.

Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.

Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.

Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”

Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)

Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)

Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud :

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)

sumber : tranung kite

Sabtu, 22 Oktober 2011

[Gambar] Kereta Konsep Ferrari Celeritas



Jom kita tengok kereta konsep Ferrari Celeritas dari ilham pereka cipta Aldo Schurmann.

Nama pun kereta konsep, maka janganlah  terlalu berharap untuk melihat sebiji pun kereta ini di atas jalan raya, hanya diatas paparan skrin sahaja okey.

Ciri-ciri gempak kereta ini ialah dua tempat duduknya boleh diselaraskan sesuka hati ikut kemahuan pemandu, ditambah dengan spoiler seksi berkembar yang bergerak secara bebas daripada satu sama lain untuk menambah dan mengurangkan 'downforce'. Ferrari konsep ini juga mempunyai profil yang rendah dengan gerbang roda yang luas dan blok enjin boleh dilihat dari arah luar dan sudah tentu, ia adalah amat mudah menarik untuk dipandang mata.

Ciptaan pereka Aldo Schurmann, konsep Celeritas ini tentunya memberikan makna baru kepada istilah "kereta impian" kerana ia kemungkinan besar tidak akan wujud selain daripada di atas paparan skrin, maka marilah kita berharap agar orang-orang di Maranello memberi perhatian sikit pada rekaan konsep ini. Mana tahu kalau tidak semua pun ciri-cirinya direalisasikan, sikit pun dah okey dah. Amacam gerek seh!




Lagi gambar...
















via : digitaltrends


Jumaat, 21 Oktober 2011

[Movie Download] Libas | 2011 | Malay DVDRIP | MKV | RMVB | MEDIAFIRE


[Movie Download] Libas | 2011 | Malay DVDRIP | MKV | RMVB | MEDIAFIRE

Release Date : 29 Sep 2011 (Malaysia) | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Action,Comedy | Subtitle: None | 350MB Mkv,MB Rmvb,700MB Avi | Quality: DVDRip – Karl

Sinopsis : Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

[ads] Put your investment skills to test, which of these business would you invest in?

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya…


Libas 2011 Trailer





MKV FILE

DOWNLOAD






RMVB FILE

DOWNLOAD





Sumber : jieazzmovie.net

Selasa, 18 Oktober 2011

[Download][Malay TV Series]Soffiya | 2011 | Mediafire


Sinopsis Drama Soffiya Slot Akasia TV3

Drama Soffiya mengisahkan seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.


Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di dalam penjara. Soffiya baru mula mengenal erti cinta, namun dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negara.


Kemudian, Soffiya berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang. Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Saksikan bagaimana Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya dalam drama Soffiya slot Akasia di TV3.

 
Barisan Pelakon Drama Soffiya

Tiz Zaqyah (Soffiya), Fizo Omar (Ilyas), Izara Aishah (Fiona), Azhar Sulaiman (Kamal), Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.


Download 


Soffiya (2011) - Episod 01
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 02
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 03
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 04
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 05
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 06
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 07
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 08
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 09
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 10
Download link :
 








Soffiya (2011) - Episod 11
Download link :
 







Selamat mendownload.
Episod baru akan di update kemudian nanti, tunggu....

Sumber pautan : myjaki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger