Jumaat, 26 Ogos 2011

Says.my memberikan duit raya sempena hari raya nanti



Sebuah platform pengiklanan yang berasakan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, kini bakal menghadiahkan tawaran Duti Raya yang lumayan kepada para ahli yang berdaftar yang mereka anggap sebagai ahli keluarga mereka. 

Jadi selama dua minggu bermula dari  8pm pada 22 Ogos 2011 sehingga 8pm pada 4 September 2011 masa yang diberikan oleh mereka dalam melayakkan untuk mendapat Duit Raya itu nanti. Bagaimana caranya bagi melayakkan kita semua mendapat Duit Raya itu? begini caranya :

Jemput rakan anda untuk mendaftar di Says.my & mendapat ganjaran RM3 bagi setiap rakan yang mendaftar. Lumayan bukan? Daftar di sini

Ya, bukan RM1 seperti biasa bagi setiap rujukan kawan, kita diberi tiga kali ganda berbanding biasa dan ia hanya untuk kita
semua sempena musim perayaan ini sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa dalam usaha untuk mendapatkan Raya Duit anda itu nanti, kawan-kawan anda yang dijemput tadi mesti menjadi pengguna aktif yang bermakna mereka perlu :

    1. Mempunyai lebih daripada 50 kawan-kawan di Facebook mereka
    2. Berkongsi kempen dan menerima sekurang-kurangnya 3 unique visit

So apalagi yang di tunggu, Jom la rebut duit raya ni semua ya, jom daftar disini sebelum terlambat.

Khamis, 25 Ogos 2011

ProductiveRamadan Animation 14 - Don't Break Your Fast!!


Cergaskan diri masing-masing dengan Wudhuk, Solat dan Membaca Al Quran di bulan puasa ni, bukannya dengan ponteng puasa. Layan animasi terbaru siri ProductiveRamadan ni :


ProductiveRamadan Animation 13 - Worship NOT Shop in Last 10 Days!!

 

10 hari terakhir Ramadhan ni kita mesti melebihkan amal ubadat bukannya melebihkan benda2 lain seperti shopping sakan. Layan animation terbaru ProductiveRamadan ni :



Top 10 Myths Pasal Merdeka By Fahmi Reza


31 Ogos datang lagi! Masa aku buat research untuk filem ’10 Tahun Sebelum Merdeka’ & ‘Revolusi ‘48’ aku jumpa banyak fakta menarik pasal sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita. Jadi today sempena hari merdeka, aku nak kongsi my top ten favourite myths pasal kemerdekaan 31 Ogos 1957 yang masih banyak bikin kita confuse.

#10. Lagu “Tanggal 31” dicipta oleh Sudirman

Sudirman only covered lagu Ahmad C.B. from the 60’s & changed one line from the lyrics. Kalau tak percaya, listen to this! 


.

#9. Kita ada “Social Contract” masa merdeka

Where got? Idea kontrak ‘bukan-Melayu dapat citizenship in exchange for hak istimewa orang Melayu’ mula surface in the 80’s. “Ketuanan Melayu” also the same.

 .

#8. Malaysia sebuah “negara Islam” sejak merdeka

Sebenarnya Malaysia negara sekular dengan Islam sebagai official religion, bukan Islamic-state!

.

#7. Malaysia bebas 100% dari penjajahan British masa merdeka

Until 1970’s British controlled over 60% kekayaan ekonomi negara dan British military terus stay kat Malaysia sampai 1971!

.

#6. UMNO-MCA-MIC mulakan kerjasama politik antara kaum untuk merdeka

Putera-AMCJA dah start much earlier in 1946. Tengok filem ‘10 Tahun Sebelum Merdeka’ kalau tak percaya.

.

#5. Mamat yang design bendera Malaysia tak ciplak bendera US

Sure or not? :)

.

#4. Perjuangan gerila komunis masa darurat bukan untuk kemerdekaan

In 1948, gerila komunis & non-communists lancar revolusi angkat senjata untuk halau penjajah British dari Malaya. Tengok filem ‘Revolusi ‘48’ kalau tak percaya.

.

#3. Tugu Negara simbol perjuangan kemerdekaan Malaysia

Kita berjuang untuk kemerdekaan dari komunis atau dari British? Masa kecik, tugu ni buat aku confuse.

.

#2. UMNO pengasas perjuangan kemerdekaan

Before UMNO (est. 1946), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (est. 1945) fought for merdeka oredi. Before PKMM, Kesatuan Malaya Merdeka (est. 1938) fought for merdeka oredi. Before KMM, Communist Party of Malaya (est. 1930) fought for merdeka oredi.

.

#1. Malaysia mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah

Inilah bapak segala merdeka myths, ditulis dalam semua buku teks, reinforced setiap tahun sejak merdeka. Realitinya, ribuan gerila anti-British terkorban dalam anti-colonial war of independence melawan British. Ribuan askar Melayu terkorban dalam perang penjajah melawan komunis. Ribuan rakyat juga terkorban kat tengah-tengah…

.

Dedicated to the heroic fighters in the cause of liberty, justice and equality. Selamat Hari Merdeka.
Karya Asal Nukilan Fahmi Reza

Untung Bagi Mereka Yang Beruban



Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. 

Rasulullah s.a.w bersabda:

الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة
“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (H.R. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih)

Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ
“Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah s.a.w lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).” (H.R. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadith ini hasan)

Perkataan Nabi s.a.w: “Siapa saja yang ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah)

Apakah hukum mencabut uban haram atau makhruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makhruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakhruhkan berdasarkan hadith dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.

Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahawa mencabut uban adalah makhruh dan hal ini ditegaskan oleh Al Ghazali sebagaimana penjelasan yang telah dinyatakan. Al Baghowi dan selainnya mengatakan bahawa seandainya mahu dikatakan haram kerana adanya larangan tegas mengenai hal ini, maka ini juga benar dan tidak mustahil. Dan tidak ada bezanya antara mencabut uban yang ada di janggut dan kepala (iaitu sama-sama terlarang). (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293, Mawqi’ Ya’sub)

Namun jika uban tersebut terdapat di janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah, maka hukumnya jelas haram karena perbuatan tersebut termasuk An Namsh yang dilaknat. Dari Ibnu Mas’ud r.a, Nabi s.a.w bersabda,

لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة
 
“Allah melaknat riba, pemakan riba, orang yang menyerahkannya (nasabah), orang yang mencatatnya dan yang menjadi saksi dalam keadaan mereka mengetahui (bahawa itu riba). Allah juga melaknat orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan rambut, orang yang membuat tatu dan yang meminta ditatu, begitu pula orang yang mencabut rambut pada wajah dan yang meminta dicabut.” (Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih)

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin r.hu mengatakan, “Adapun mencabut uban dari janggut atau uban dari rambut yang tumbuh di wajah, maka perbuatan seperti ini diharamkan kerana termasuk an namsh. An Namsh adalah mencabut rambut yang tumbuh di wajah dan jenggot. Padahal terdapat hadith yang menjelaskan bahwa Nabi s.a.w melaknat orang yang melakukan An Namsh.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu ‘Utsaimin, 11/80, Asy Syamilah)

Kesimpulannya majoriti (jumhur) ulama’ mengatakan hukum mencabut uban adalah makhruh. Namun sebagai seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya s.a.w dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut).

Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.

Wallahu a’lam.


Sumber asal : mediasiber.com

Rabu, 24 Ogos 2011

Rabu Kedu - Ahmad Aqil Dah Pandai Tengok Kartun

 

Pagi2 dah bangun... Lepas tu Umi dia bukak Astro 618 Babytv... Ralit sangat layan kartun tu sampai mendongak, ish ish ish...

Selasa, 23 Ogos 2011

Gadis Melayu Ganjil?


-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya,
dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)

via : fb syahirul.com

My Blackberry Is Not Working!



Korang tengok la lawak ni...ader kaitan dengan teknologi gak ni..haha



via : BBC One

Berakhir nya Era Pmerintahan 42 Tahun Rejim Muammar Gaddafi di Libya

Tripoli ditawan, tiga anak pemimpin Libya ditahan

TRIPOLI: Era pemerintahan 42 tahun Muammar Gaddafi di Libya, berakhir semalam selepas rakyat yang memberontak menguasai ibu kota Tripoli, dibantu pesawat tempur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menahan tiga anaknya, Saif al-Islam, Mohammed Gaddafi dan Saadi Gaddafi Gaddafi menyusuli bekas pemimpin Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kehilangan kuasa selepas rakyat bangkit menumbangkan pemerintahan mereka enam bulan lalu.

Pertempuran turut dilaporkan berlaku dekat kediaman rasmi Gaddafi, dikenali sebagai Bab-al-Aziziyah apabila pemberontak cuba memasuki kawasan berkenaan.

Namun, nasib Gaddafi masih samar-samar dan lokasinya belum diketahui. Anaknya yang lain, iaitu Hannibal, Mutasim, Khamis dan Asiha juga belum ditemui. Hannibal tidak banyak terbabit dalam politik tetapi Khamis mengetuai satu unit tentera yang kerap menindas penunjuk perasaan, manakala Mutasim adalah pegawai tentera dan penasihat keselamatan bapanya. Saif dan Gaddafi pula akan menghadapi dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan.

Gerakan menawan Tripoli dimulakan 30 kilometer dari sebelah barat kelmarin, apabila pemberontak menawan satu demi satu bandar termasuk sebuah pangkalan tentera dengan penduduk tempatan keluar memberi sokongan.

Pada masa sama, penduduk Tripoli yang dibekalkan senjata api secara rahsia oleh pemberontak bangkit melawan rejim Gaddafi. Apabila pemberontak tiba di pintu masuk Tripoli, batalion khas yang ditugaskan oleh Gaddafi untuk melindungi ibu negara, segera menyerah diri.

Pegawai pemberontak, Fathi al-Baja, berkata tindakan itu diketuai oleh pemimpin unit tentera itu sendiri yang menyokong pemberontakan secara senyap-senyap sebagai membalas dendam tindakan Gaddafi membunuh adiknya dulu.
Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Politik pemberontak, berkata Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) merangka serangan itu sejak tiga bulan lalu dengan kerjasama NATO dan penyokong mereka di Tripoli.

Penyokong pemberontak di Tripoli mula melancarkan operasi apabila azan subuh kedengaran serentak dengan serangan udara NATO dan memasuki ibu kota itu dari sebelah barat. Meskipun kereta kebal askar pro Gaddafi cuba mempertahankan kawasan mereka daripada kemaraan pemberontak, tentangan mereka tidak lama sebelum berundur.

Selepas kejayaan itu, ramai penduduk Tripoli menerima mesej pemberontak menerusi telefon bimbit yang menyatakan: “Allahuakbar. Kami ucapkan tahniah kepada penduduk Libya atas kejatuhan Gaddafi.”

Siaran televisyen menunjukkan ramai pemberontak dan penduduk Tripoli membanjiri Dataran Hijau, melepaskan tembakan ke udara, bertepuk tangan dan mengibarkan bendera pembangkang bagi meraikan kemenangan. Sebahagian mereka membakar bendera rejim Gaddafi dan menembak posternya.

Namun, Jurucakap pemberontak, Mohammed Abdel-Rahman, mengakui penyokong Gaddafi masih memberi tentangan dan mengeluarkan amaran Gaddafi akan terus mengancam selagi tidak ditahan. – Agensi
 
 
Sumber : Bharian

[Video] Ken Blocks Gymkhana 4 – The Hollywood Megamercial - Stunt aksi kereta yang hebat!


Jika sebelum ini kita melihat aksi-aksi stunt kereta oleh Ken Block ini melalui Siri Gymkhana yang pertama hingg ke tiga, ternyata yang terbaru ini leih hebat.
Ini kerana Ken Block telah memasukkan ciri-ciri dan efek yang mantap setaraf Hollywood. Selepas beberapa  preview sebelum ni, maka penantian kita ternyata tak sia-sia. malah lebih mngujakan lagi apa bila melihat aksi penuh siri Gymkhana terbaru ini. Hebat betul Ken dan krew-krew nya.

Jom layan video penuhnya dibawah ini.




via : DCshoesFILM

Gempa bumi kuat di perairanSumatera

2011/08/23

Picture via Google


 
JAKARTA: Gempa bumi kuat 6.0 magnitud berlaku di dasar laut perairan Sumatera awal pagi tadi, menurut Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS). 

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan. 

Gempa bumi pada 3.12 pagi waktu tempatan (4.12 pagi waktu Malaysia) berpusat di 175 kilometer ke barat daya Tanjungkarang-Telukbetung di Sumatera dan pada kedalaman 31 kilometer. 

Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia mencatatkan ia sebagai gempa bumi 6.2 magnitud. - AP

sumber : berita harian

Isnin, 22 Ogos 2011

Payung Samurai Yang Bersemangat Bushido

 



 
Sesetengah orang beranggapan: "Tak nampak cool bila bawa payung". Sebenarnya persepsi tersebut perlu diperbetulkan. Jika payung digunakan untuk keselamatan dan kesihatan diri tiada apa yang hendak dimalukan, dan soal "cool" atau tidak ianya perlu diketepikan. 

Payung dalam Bahasa Jepun dipanggil "Kasa", merupakan salah satu keperluan penting dalam kehidupan kita. Keadaan cuaca di Malaysia kini tidak menentu. Kadang-kadang panas, adakalanya mendung dan mungkin hujan lebat terutamanya apabila tiba musim tengkujuh.

Tidak dinafikan pada saat-saat tertentu payung amat diperlukan bagi melindungi diri kita dari sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit dan juga melindungi diri serta barangan berharga daripada basah semasa hujan.
 
Mari kita lihat lagi perkara yang sering kedengaran berkenaan perihal membawa payung:


  • Nampak "nerd" la bila bawa payung..
  • Mesti mak dia yang suruh bawa payung tu..
  • Macam perempuan je guna payung..
  • Tak nampak "macho" langsung bawa payung...
  • Kenapa orang tu asyik bawa payung? Malu la..
  • Mengada-ngada betul la bawa payung
Mungkinkah anda sudah biasa dengan situasi di atas?
 
Anda kini boleh lupakan sahaja segala rekaan payung yang tampak membosankan di pasaran... Tampilkan sedikit gaya dan kelainan semasa mengharungi hujan mahupun ketika panas terik.   
 
Memperkenalkan..


Kualiti Lebih Baik! Shaft diperbuat daripada Fibre Glass!

 
 






 
 
 
Payung Samurai ini dihasilkan dengan 3 design yang unik sebagai pilihan. Stok juga adalah AMAT TERHAD dan kami menyarankan agar anda membuat tindakan segera untuk menempah Payung Samurai ini sebelum kehabisan stok.
 
Payung Samurai Versi Mimura
 
Payung Samurai Versi Asai
 
Payung Samurai Versi Maresuke
 

Buat Tempahan Sekarang!

Dapatkan Payung Samurai anda dengan Harga Diskaun Istimewa! Kami memberikan anda harga yang amat berpatutan! 



Klik Banner Di Atas Untuk Melihat Harga Yang Ditawarkan + Tawaran Menarik Untuk Jangkamasa Yang Terhad

via : payungsamurai.com

Ahad, 21 Ogos 2011

[TIPS] Cara nak tahan berjaga malam pada 10 malam terakhir ini untuk beribadat



 Dengan tinggal hanya x sampai 10 malam sahaja lagi kita akan meninggalkan Ramadhan, kita semua umat Islam jangan hany asibuk membuat persiapan raya sahaja, ada benda lain yang amat besar dan bernilai dari semua itu, iaitu amalan 10 malam terakhir yang di dalam nya tersimpan satu malam rahsia iaitu malam Lailatul Qadar.

Maka bagi mereka-mereka yang beruntung , pada malam-malam ini lah setiap tenaga dikerah supaya boleh bangun malam beribadat dan sujud meminta keampuna  pada Allah. Maka bagaimana agaknya cara kita untuk kekal kuat dan bertenaga bangun malam ini. 

Disini akan dikongsikan 2 tip bagaimana untuk senang dan bertenaga untuk bangun dan tahan berjaga sepanjang malam untuk beribadat.

1. Tidur Sebentar (Nap) - Kita mesti belajar cara menguasai Power Nap ini walaupun sikit sahaja. Tidur sebentar ini boleh mengambil masa antara 20 minit hingga ke 40 minit  atau maksima 90 minit. Amalan ini sangat berkesan bagi membolehkal kita kekal berjaga sehingga 3 hingga 4 jam selepas setiap tidur (Nap) itu. Setiap kali kita didatangai mengantuk, maka cepat-cepat ambil peluang ini untuk tidur sebentar kerana dengan izin Allah ini akan memberi kekuatan untuk terus berjaga selepas itu.

2. Makanan - Apa yang kita makan akan mempengaruhi sama ada kita boleh kekal berjaga ataupu mengatuk. Lebih banyak kita makan masa berbuka atau sahur, kami akan berasa mengantuk. Makan yang ringan sahaja tetapi berkhasiat untuk 10 malam ini dan Insya'Allah untuk bangun berjaga sepanjang malam dan solat akan menjadi mudah.

Apa yang paling penting, kuatkan lah berdoa memohon kepada Allah supaya merahmati anda dengan tenaga, tidur anda, dan masa anda supaya dengan semua itu dapat dipergunakan sebaik-baiknya pada malam-malam terakhir yang penuh keberkatan ini, insya'Allah.

Stay Consistent During Ramadan!

Stay Consistent During Ramadan!

 

 





 Via : productivemuslim

Sabtu, 20 Ogos 2011

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

 

Salah seorang antara top blogger di malaysia ni iaitu Ben Ashaari, hari ini Sabtu 20 Ogos, telah mengeluarkan satu entri yang memberi peluang kepada para blogger baru atau lama untuk join misi terkini beliau yang masihbelum didedahkan lagi motif sebenarnya. Apa kata kita pakat join sekurang-kurangnya network kita dalam dunia blogging ini akan bertambah luas lagi.

Cepat la join kerana Ben memberi tempoh masa sehingga pukul 2 pm hari ini sahaja untuk join. Camne nak join? senang aje.
Klik link ini ===>  Segmen Hujung Minggu : Blog diperlukan segera ..

Bagaimana Menggapai Lailatul Qadar



1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Allah Taala berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu? Malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS. Al-Qadr : 1-5)

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, yaitu takdir selama setahun. Allah Taala berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. Ad-Dukhan: 3 - 6)

2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Ini adalah pendapat yang paling kuat berdasarkan hadits 'Aisyah -Radhiyallahu 'anha, beliau berkata bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR. Bukhari dan Muslim)
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "Carilah di sepuluh hari terakhir, jika seorang dari kamu merasa lemah atau tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari sisanya." (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar?
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "Barangsiapa melakukan qiyam (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)
Disunnahkan untuk memperbanyak do'a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah 'Aisyah -Radhiyallahu 'anha bahwasanya beliau bertanya: "Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?" Beliau Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam menjawab" "Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


Ya Allah, Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemaaf dan Suka Memaafkan,
maka maafkanlah hamba." (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad sahih)

Dari 'Aisyah -Radhiyallahu 'anha berkata: "Adalah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam apabila telah masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (banyak beribadah), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya." (HR. Bukhari dan Muslim)
Juga dari 'Aisyah -Radhiyallahu 'anha, belaiu berkata: "Adalah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) sepuluh hari terakhir yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya." (HR. Muslim)

4. Tanda-Tandanya
Dari 'Ubaiy Radhiallahu Anhu berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi." (HR. Muslim)
Dari Ibnu Abbas -Radhiyallahu 'anhuma berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya sinar matahari melemah kemerah-merahan." (HR. Ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah dan Al-Bazzar dengan sanad hasan)


Sumber : hatibening.com

Adakah kita seperti orang tua di dalam Solat?


Salam. Adakah kita masih leka lagi? Sudah nk masuk  ke 10 terakhir dah Ramadhan kita tahun ni. Maka dari itu sama-samalah kita tambah lagi speed untuk beribadah.

Teringat satu kali masa solat terawih, ada seorang tua ni yang nampak agak uzur dah, turut sama solat di saf hadapan. Dilihat pada mata kita, sangat uzur dah keadaaan nya ( terketar-ketar masa berdiri ) akan tetapi dia tetap habiskan solat Isyak dan Terawikh sampai habis. Hebat bukan? Ditanya orang kenapa tidak solat duduk saja sebab uzur tetapi dilihat pada keazaman dan kesungguhan nya itu untuk terus berdiri atas dua kakinya sampai habis solat, membuatkan orang berasa teruja.

Bercirita orang tua itu atas sebab orang bertanya pada nya, di katanya kalau kita sayang dan cinta kepada seseorang, maka adakah kita sesuatau yang lebih sikit untuk menunjukkan kecintaan kita padanya sungguh kuat? Maka begitu juga pada Allah, jika beytul-betuk cinta pada Nya, maka tunjukkakan lah sedikit kesungguhan dalam beribadat apatah lagi masa menyembahNya dalam solat. Terpegun mendengar kata-kata nya itu yang datang dari mu;ut seorang tua yang dah uzur itu. Malu pula kadang-kadang bila memikirkan kita atau saya ni yang masih muda, masih gagah, yang kadang-kadang tu nak solat sunat 2 rakaat pun malas. Tak malukah anda?

Pengajaran nya marilah kita semua bertindak untuk menunjukkan sayang kita pada Allah dengan kita berbuat lebih sikit amal ibadah (lebih-lebih lagi dalam Ramadhan ni ) seperti bangun untuk ber Tahajud pada malam atau solat-solat sunat lain, bersedekah lebih sikit ( takkan seringgit je selalu ) atau pun menolong orang miskin atau yatim dengan memberi makan kepada mereka di bulan Ramadhan ni. Marilah kita pakat-pakat cuba untuk mempraktiskan nya dan sama-sama merasai betapa manisnya rasa dalam beribadah kepada Allah.


Jumaat, 19 Ogos 2011

Ramadhan Bulan Untuk Perbanyakkan Beribadah Bukan Perbanyakkan Tidur!




Layan animasi kat bawah ni korang akan faham la apa maksuk aku kat title tu...k?



p/s: ari ni balik kerja letih sesangat....huhu nak menaip bnyk pom x larat wei...oh air tebu aku nntikan ko...huhu..

Rabu, 17 Ogos 2011

Mengenang Sejarah Islam, Nuzul Quran dan Perang Badar.



Hari ini kita menyambut hari yang mula-mula diturunkan Al Quran ( Nuzul Quran). Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. 

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. 

Namun untuk pengetahuan semua yang barangkali lupa, hari ini juga adalah salah satu hari yang amat penting dalam sejarah Islam kita iaitu pada hari ini, lebih 1400H tahun yang lalu, pertempuran Badar berlaku. Kita semua tahu cerita dan bagaimana Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) yang diberikan kemenangan kepada Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atasnya) dan sahabat (ra dengan mereka) pada hari itu. Tetapi apa pelajaran yang boleh kita pelajari daripada peperangan ini yang berkaitan dengan produktiviti kita?

Berikut adalah satu pelajaran yang dapat kita ambil:

Selepas peperangan Badar dimenangi umat Islam, Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) telah menurunkan ayat berikut: 


"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar*, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah**. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.". (Surah Al-Imran - Ayat 123).

Ini adalah satu peringatan Allah kepada umat Islam bahawa apa-apa kejayaan atau kemenangan adalah datang dari Allah dan Allah semata-mata. Mereka tidak sepatutnya menjadi angkuh dan melupakan sumber kejayaan mereka. Kadang-kadang apabila anda sangat berjaya dan mencapai banyak kejayaan dalam satu hari, ia mudah untuk mengandaikan bahawa kejayaan anda datang dari kemahiran atau pengetahuan, tetapi itu bukan bagaimana seorang Muslim fikirkan. Seorang muslim mesti percaya seperti apa yang di sebut di dalam ayat berikut:

"Nabi Syu`aib berkata: Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh Taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.." (Surah Hud, Ayat 88)

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama pada hari ini untuk kita berdoa untuk saudara-saudara yang berada dalam kesusahan akibat penindasan atau peperangan di serata dunia hari ini. Bagi mereka Ramadhan amat sukar tidak seperti kita dan sekurang-kurangnya apa yang boleh kita lakukan adalah mengangkat tangan dan berdoa kepada mereka memohon kepada Yang Maha Berkuasa.
 
"Aku meminta kepada Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) yang Maha Besar dan Maha Berkuasa dan, Yang telah memberikan kemenangan kepada Rasul-Nya pada hari  perang Badar supaya memberikan saudara-saudara Islam kita kemenangan di dalam apa jua yang mereka lalui seperti ditindas dan dianiaya ke atas mereka. Amin. Amin. Amin."

Wordless Wednesday - Sian x dapat nk sahur

 

Mesin vending kat dalam kilang



p/s: dah la kene keje malam, nak sahur pun susah...huhu.. kesian

[Animasi] 4 Tips untuk kekal produktif di bulan Ramadhan



Ramadhan kita semua umat Islam diwajibkan berpuasa. Maka bukan bermakna apabila kita berpuasa, tidak makan dan minum  lebih kurang 12 jam lebih itu membuatkan kita jadi tidak produktif dan malas. Ini ada beberapa tips dari ProductiveMuslim untuk kekal produktif di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Layan









Via : ProductiveMuslim

p/s: Jangan lupa juga untuk  sama-sama melipat gandakan amalan ibadat kita ya...

[Infografik] Sejarah pendek sosial media



Mari kita melihat kembali pada peningkatan yang mendadak ke atas rangkaian sosial hari ini.

Untuk sesuatu yang telah menjadi sesuatu yang agak penting kepada kehidupan kita, media sosial bukan nya sesuatu yang telah lama wujud. Kewujudan nya yang dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini sahaja, aplikasi Internet telah berubah dari menjadi alat keperluan mudah (Tool) kepada suatu platporm kreatif untuk menonjolkan keperibadian dan kekreatifan masing-masing. Dan platform ini adalah sangat-sangat penting kepada kita. Kita tidak boleh bercakap tentang rangkaian sosial tanpa memikirkan tentang ketagihan Facebook atau kegilaan Twitter.

Tetapi bukan semua ini tidak bagus, malah jauh dari itu. Platform internet sosial juga telah mengubah cara kita berfikir dan berkomunikasi. Ia telah menghubungkan dunia ini dengan cara yang sebelum ini difikir kan mustahil, membuat dunia ini seakan lebih kecil dan penghuninya berada sangat dekat antara satu sama lain. Rangkaian sosoal juga telah menjadi antara penyebab dan tunjang kepada sesuatu pergerakan atau sesuatu revolusi, menjadi alat yang berharga untuk melawan suatu penindasan atau meraih sokongan ramai. Melihat kepada semua perkembangan di atas, yang semuanya betul-betul terjadi, media sosial ini sebenarnya masih baru lagi wujud.

Layan Infografik dibawah untuk melihat sedikit daripada sejarah sosial media ini.

Klik untuk melihat dengan saiz sebenar

 Via : Socially Aware
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referer | Busuk

Referer | Gua Blog

referer | Pingje

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger