Followers

Khamis, 6 Oktober 2011

Nokia Sun Mungkin Menjadi Nokia Windows Phone Yang Pertama


Hari ini telah tersebar sekeping rakaman skrin yang yang dirakam dari Orange Perancis. Rakaman itu menunjukkan satu senarai dalaman produk dan menunjukkan satu nama model Nokia yang ditulis sebagai Nokia Sun yang mungkin menjadi model pertama dari Nokia yang akan menggunakan OS Window Phone.


Seperti yang diura-urakan sebelum ini, dikatakan model Window Phone pertama dari Nokia adalah diantara 3 model diberi nama Nokia Sea Ray, Nokia Sabre atau Nokia Ace. Manakala hari ini nama Nokia Sun pula muncul buat pertama kali.

Samaada Nokia Sun itu hanya satu kod nama atau tidak ataupun nama lain, kita semua masih tidak tahu lagi kerana belum ada kenyataan rasmi dari pihak Nokia lagi.


Dikatakan Nokia SUn ini akan dimuatkan dengan perisian Window Phone 7.5, dengan prosesor selaju 1.4GHz, 16GB memori dalaman, kamera 8MP, 3.7 inci AMOLED skrin dan menggunakan kad sim mikro.

Spesifikasi diatas mungkin agak sama dengan apa yang dikatakan ada pada Nokia Sabre dimuatkan dengan 8GB memori manakala Sea Ray pula dengan 16GB. Mungkin Nama Sun dan Sea Ray ini saling berkait atau pun dari model yang sama, tiada siapa pun tahu lagi.


Namun rakaman yang tersebar tadi itu bukan lah rasmi lagi, dan mungkin hanya tidak benar. Dilihat juga dari rakaman itu (kalau benar) mungkin akan dilancarkan sekitar 7 November yang mana mungkin betul kerana kita bakal melihat perasmian Window Phone Nokia generasi pertama pada acara Nokia World pada 26 dan 27 Oktober nanti.



   
  
via : techradar 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger