Followers

Jumaat, 28 Oktober 2011

Nokia mengumumkan Lumia 800 dan 710 dengan Windows Phone 7.5 ( Mango ) - Semua Yang Anda Perlu Tahu Disini



Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Nokia Stephen Elop, memulakan acara Nokia World 2011 dengan membongkar enam telefon baru termasuk dua Windows Phone 7.5 handsets: Lumia 800 dan Lumia 710.



Nokia Lumia 800



Telefon Nokia yang berasaskan Window Phone ini merupakan evolusi daripada reka bentuk N9, yang telah menjadi satu pelancaran Nokia yang paling berjaya di beberapa bahagian dunia (Rusia) walaupun menggunakan sistem operasi MeeGo.

Specs :

Screen: 3.7-inch AMOLED ClearBlack curved display
Thickness: 12.1mm
Processor: 1.4GHz processor
Storage: 16GB internal storage, 25GB of free SkyDrive storage
RAM: 512MB
Camera: 8MP, Carl Zeiss lens
Battery life: 8.5 hour talk time, 7 hour video playback time
Charging: Micro USB
Colors: Cyan, black, magenta
Price: 420 euros (Eropah)



Nokia Lumia 710



Lumia 710 akan dijual sebagai alternatif yang lebih murah kepada Lumia 800. Ciri utama penutup belakangyang boleh ditukar-tukar dan pemilihan warna yang berbeza daripada 800. Hayat bateri, kamera, dan skrin yang agak lemah, walaupun dalamannya menjalankan kuasa pemproses yang sama, dan dilengkapi dengan slot kad microSD, tidak seperti 800.

Specs:

Screen: 3.7-inch
Thickness: 12.5mm
Processor: 1.4GHz processor
Storage: 8GB internal storage, 25GB of free SkyDrive storage, microSD
RAM: 512MB
Camera: 5MP, Carl Zeiss lens
Battery life: 7.6 hour talk time, 6 hour video playback time
Charging: Micro USB
Colors: Black, white (with WP7 tile-colored swappable backplates)
Price: 270 euros (Eropah)



Peranti Symbian Baru



Di acara tersebut, Nokia juga mengumumkan Nokia Asha 200, 201, 300, dan 303. Peranti ini bertujuan untuk pasaran di negara-negara membangun, dan dijalakan oleh OS Nokia Series 40, yang kini mempunyai Angry Birds. Kesemua peranti ini mempunyai QWERTY keypad dan pelayar web yang memampatkan laman web sehingga 90 peratus untuk menjimatkan bandwidth. Spec yang lebih tinggi iaitu Asha 300 dilengkapi dengan keupayaan dwi-SIM, skrin sentuh kapasitif, 3G, dan 1GHz pemproses.

Aplikasi eksklusif Nokia Windows Phone

Semua aplikasi ini adalah didatangkan secara percuma dan eksklusif untuk peranti Nokia Windows Phone.

Nokia Drive : 


Nokia membawakan sistem pemanduan dengan arahan kepada Windows Phone. Ia diharapkan sama seperti yang ditawarkan oleh Google Android, tetapi menggunakan enjin peta Nokia Navteq.

Nokia Public Transport : 


Aplikasi ini tidak ditunjukkan tetapi telah diumumkan. Ia akan menyokong 430 bandar raya di seluruh dunia dan akan mempunyai info transit awam. Di 45 bandar-bandar, setiap minit waktu bas dan laluan kereta bawah tanah akan disediakan.

ESPN Hub : 


Dapatkan skor, kemas kini, dan tonton klip video pasukan sukan kegemaran anda. Aplikasi ESPN akan membolehkan anda pin sukan atau pasukan kegemaran anda terus ke halaman peribadi untuk mendapatkan maklumat terkini tentang informasi setiap masa.

Nokia Music :


Ini juga tidak dijelaskan secara terperinci pada acara tersebut, tetapi Nokia telah menunjukkan Mix Radio, ciri baru yang merupakan asasnya, anda boleh memilih antara campuran yang dibuat oleh Nokia dan dengan serta-merta mula mendengar tanpa perlu mendaftar atau berbuat apa-apa, sama seperti radio. Lebih baik lagi, anda boleh memuat turun campuran untuk didengar diluar talian. Dengan keupayaan untuk mewujudkan campuran anda sendiri dengan menaip nama artis, perkhidmatan ini mempunyai banyak persamaan seperti Pandora. Tidak akan dikenakan bayaran dan tiada halaman pendaftaran. Ia kononnya hanya bekerja secara percuma.

Nokia Live View: 


Ini akan menjadi Aplikasi tambahan untuk telefon Nokia, tetapi tiada butir-butir terperinci diberikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger