Followers

Selasa, 11 Oktober 2011

Majlis Kuliyah Bob Lokman Di Ganggu Jais


Apa nak jadi dengan negara kita sekarang ni hah? Kata negara Islam, pemimpin pula nak bela agama dan bangsa. Haprak jer semua tuh. Pemerintah nampaknya semakin busuk perut, dengan menghalang atau mengganggu apa juga majilis-majlis ilmu yang di ikuti rakyat. Yang pelik pula tuh, banyak la pulak konsert dan majlis Langho dapat permit. Majlis ilmu dinafikan permit. Bongok betul! Masih butakah denga semua gejala sisoal yang semakin parah berlaku di sana-sini sekarang ni. Hanya kerana kepentingan politik mereka bertindak kejam. Geram betul aku.

Ni yang berlaku semalam, Apabila Bob Lokman yang mengadakan majlis tazkirah di Hulu Langat di tahan JAIS. Jais sekarang ni nak jaga agama atau nak jaga UMNO? Bodoh betul!

Baca artikel dari Malaysiakini di bawah :

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Penulis lirik 'lagu berhantu' Isabella itu ditahan ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.

Mereka dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan kemudiannya.

Turut ditahan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid itu hadir ketika majlis berlangsung.

Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan Tok Kenali ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya malam tadi tetapi engan mengulas lanjut pada masa ini.

Ketiga-tiga mereka dijadual memberikan kenyataan kepada JAIS di pejabat agama daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini.

Sementara itu, Mohd Sany ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ketika insiden malam tadi, kira-kira 20 anggota penguatkuasa jabatan itu dan beberapa orang polis hadir bagi tujuan itu.

"Ketika Bob bercakap mereka tidak buat apa-apa. Bila habis dan solat Isyak baru (kami) ditahan," katanya sambil menafikan bertazkirah atau menyentuh soal politik.

Jawab yang berkaitan sahaja
Menurut Mohd Sany, Bob cuma menceritakan kisah hidupnya sebagai anak kampung yang bergelumang dalam dunia hiburan sebelum mendekatkan diri kepada agama.

"Beliau tidak sebut langsung (soal) PAS-Umno. Tetapi penguatkuasa tetap kata, ini titah Sultan," jelas Mohd Sany.

JAIS bulan lalu menegaskan keputusan tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik -- arahan yang didakwa selaras dengan titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik.

Sementara itu, Mohd Sany berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada JAIS ketika proses merakamkan kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tambahnya, mereka hanya menjawab soalan yang perlu dan berkaitan sahaja.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi JAIS setakat ini belum berhasil.

Februari lalu, Bob mengejutkan banyak pihak dengan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau dan terus aktif berceramah selepas itu.

Apa komen anda semua tentang hal ini? Komen la sikit di bawah ya, komen anda tanggungjawab anda sendiri. Wassalam.

Sumber : Malaysiakini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger