Followers

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Di UIAM Di Ganggu 'Tangan Jahat'


Bertarikh 30 September, Ustaz Azhar Idrus di dalam siri ceramahnya di Selangor telah dijadualkan untuk menyampaikan kuliyah bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Melalui jadual dan rancangan asal, Ustaz akan menyampaikan kuliyahnya di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS) UIAM dan dijangkakan kehadiran dari sekitar Gombak dan kawasan lain akan membanjiri kawasan UIAM pada malam itu nanti.

Akan tetapi apabila tiba masa untuk program itu dijalankan, terdapat arahan supaya kuliyah tersebut di tukarkan ke tempat lain iaitu Experimental Hall. Ini mendatangkan rasa kurang senang di hati ramai pihak termasuk orang ramai yang datang dari jauh untuk mengikuti siri pengajian Ustaz Azhar. Vanue asal yang boleh memuatkan sehingga 6000 orang di masjid telah diarahkan ditukar ke vanue yang hnay boleh memuatkan hanya 300 oranng sahaja. Apabila diselidiki, terdapat 'tangan ghaib' yang tidak senang hati apabila Ustaz Azhar membuat program di UIAM itu. Akan tetapi program tersebut tetap dijalankan dengan jayanya pada malam itu, walaupun dikatakan ada kehadiran polis dan SB memerhati. Kejadian ini amat memalukan apabila majlis ilmu terus disekat dan dihalang. 


Berikut adalah petikan kata-kata dari Pengerusi Pro-Mahasiswa UIAM yang kesal dengan kajian tersebut :

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas rezekiNya yang melimpah-limpah untuk hambaNya. Malam Jumaat bertarikh 30 September menjadi sejarah bagi mahasiswa UIAM apabila kehadiran lebih kurang 4000 ke majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang hangat. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah menarik Persatuan Mahasiswa Terengganu untuk merisik beliau sejak bulan Februari yang lepas lagi.
Dengan kerjasama kelab yang giat dalam aktiviti dakwah, Ma'ruf Club, program ini diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM pada awal semester ini. Masjid SHAS UIAM bakal menjadi sasaran mahasiswa bahkan seluruh masyarakat dan peminat Ustaz Azhar Idrus daripada seluruh negara. Promosi digiatkan di masjid-masjid sekitar Gombak menghebahkan kedatangan seorang ulama terkenal ke Masjid UIAM.
Sehari sebelum program, pihak Ma'ruf Club dikejutkan dengan penarikan balik kelulusan tempat program iaitu Masjid SHAS yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dalam masa berbaki, pihak pentadbiran UIAM cuba membantu dan hanya meluluskan tempat di Experimental Hall yang mampu memuatkan seramai 300 orang. Berita tersebar dengan cepat di alam maya Facebook menyebabkan mahasiswa mula tidak berpuas hati.
Bagi kami Pro-Mahasiswa (WUFI), perkara sebegini seolah-olah telah menjatuhkan institusi masjid sendiri apabila menyekat seorang pendakwah profesional untuk berada di masjid menyampaikan kuliahnya. Namun, mahasiswa perlu berhati-hati dalam menghukum dan meletakkan pendirian.
Beberapa jam sebelum program, dikhabarkan pimpinan Ma'ruf Club melalui Presiden, saudara Mohd Eikhwan Ali dengan kerjasama Exco MPP, saudara Fitry Hussin telah cuba berusaha untuk berjumpa dengan Puan Rektor bagi memohon rayuan supaya dibenarkan berkuliah di masjid. Namun, Puan Rektor tiada di pejabat.
UIAM tidak bersalah. Pentadbiran UIAM tidak bersalah. Pihak masjid juga tidak bersalah. Mereka ditekan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat daripada urusetia program yang berjumpa dengan Direktor Masjid, bahawa beliau telah mendapat panggilan telefon daripada 'kuasa' lain supaya tidak membenarkan program Ma'ruf Club ini dijalankan di masjid. Penangkapan akan dibuat oleh 'SB' jika program tersebut diteruskan juga di masjid.
Justeru, pendirian kami Pro-Mahasiswa (WUFI) berkenaan dengan peristiwa ini adalah seperti berikut:
1. Mahasiswa jangan cepat menghukum khususnya terhadap pihak Rektor UIAM dan Direktor Masjid SHAS kerana mereka telah ditekan oleh 'tangan jahat', kami mendoakan agar pihak UIAM diberikan pertolongan untuk berhadapan dengan mereka.
2. Campur tangan politik 'tangan jahat' telah merencatkan Insitusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya di universiti awam sebagai pusat intelektual, perbuatan ini telah memakan diri mereka sendiri
3. Mereka juga perlu waspada kerana mengkhianati ulama adalah mengkhianati pewaris Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya) selaras dengan sabda Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya), "Ulama adalah pewaris Anbiya"
4. Kerajaan 'tangan jahat' ini mesti faham, mereka boleh menyekat masjid, mereka boleh mengganggu program, mereka juga boleh menangkap sesiapa sahaja tetapi mereka tidak boleh menghalang idealism anak muda yang lebih intelek
5. Mahasiswa bersedia menghadapi PRU-13
Justeru, saya mewakili Pro-Mahasiswa (WUFI) mengajak seluruh rakan mahasiswa untuk bersatu dalam isu ini menyahut seruan Allah dalam Al-Quran yang bermaksud, "Bertolong-tolonglah dalam perkara kebaikan dan Taqwa". Kami menyokong penuh usaha pihak Ma'ruf Club yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada One Heart Creative Solution yang sudi menaja program Kuliah Ustaz Azhar Idrus.
"We Unite For Islam"
Muhammad Hafizuddin MN
Pengerusi Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM


Diharapkan peristiwa sebegini tidak berlaku lagi dimasa akan datang, kerana ia bolehmencemarkan imej UIAM itu sendiri yang menjadikan Islam sebagai tonggak pendidikan di situ. Kita juga perlu lihat adakah ini yang kita semua mahukan dari pihak yang berkuasa sekarang, dengan menutup dan menghalang ilmu para ulama dari menyampaikan ilmu. masayarakat mutakhir ininampaknya semakin dahagakan ilmu islam ini tetapi pihak berkuasa nampaknya terus buta hati dan jahat, terus menafikan nya. Usaha untuk menukar tampuk kekuasaan sekarang ini dilihat amat wajar dilaksanakan kerana terdapat begitu banyak kemnafikan dan kejahatan bermaharajalela. Semiga Allah memberikan ksegala kekuatan kepada para penegak agama Allah dimuka bumi ini, Insya'Allah.


Untuk melihat foto-foto program pada malam tersebut, sila ke link ini.

Untuk menonton kuliyah UStaz Azhar Idrus Di UIAM pada malam itu, sila tontonnya di channel youtube ini. :




Kredit Berita    : Harakahdaily 
Kredit Video    :  putrarocker
Kredit Gambar : Jkkk Fan Club


___________________________________________________________________________

Tolong sokong laman ini dengan melawat ilklan-iklan dibawah. Dijamin tiada iklan-iklan spam. Terima kasih.


 

4 ulasan:

  1. Ya Allah,
    rupanya ada kuasa lain yang mengahalang
    ingatkan pentadbiran UIAM yang tersilap

    Semoga Allah membalas perbuatan jahat dan kotor tersebut.

    BalasPadam
  2. hurm.. anggap je la ini ujian utk ilmu allah disampaikan.. moga2 'tangan jahat' mendapat pembalasan..

    BalasPadam
  3. Allah sentiasa di pihak yang benar... itulah sebahagian pahit maung di jalan perjuangan, semoga Ustaz terus dengan usaha dakwah beliau..ustaz ada kata malam tu, walaubagaimanapun dia akan tetap akan masuk juga Masjid UIAM tu suatu masa nanti...cita-citanya

    BalasPadam
  4. ya Allah..ilmu agama pon dorg nak halang..bila manusia taksub dgn dunia n politik semata..smga Allah beri 'mereka' hidayah-Nya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger