Followers

Ahad, 12 Jun 2011

TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011


Terengganu memenangi Piala FA 2011 selepas mengalahkan Kelantan dengan jaringan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Tahniah buat Team Terengganu kerana telah memenangi Piala FA 2011 Mengalahkan Team Kelantan dengan Gol 2-1. Walaupun game terikat 1-1 sehingga 90 minit perlawanan, Terengganu berupaya bangkit mengatasi Kelantan dalam separuh masa kedua dalam 30 minit masa tambahan. Satu tamparan hebat buat Kelantan kerana gara2 kesilapan pemain pertahanannya yang memberi gol percuma kepada Terengganu.

Walaupun apa pun game malam ni boleh dikatakan terbaik sepanjang musim dengan kehebatan menyerang kedua-dua team. Saya walaupun penyokong The Red Warrior sedikit kecewa, tetapi puas hati lah layan game sampai habis. Cuma yang kecewa sangat masih ader lagi penyokong yang tak berdisiplin membaling objek kedalam padang sehingga pengadil memberhentikan permainan selama 5 minit. Padahal hari sebelum ni dikatakan pemeriksaan yang paling ketat oleh pegawai keselamatan pada semua penonton yang masuk ke dalam stadium. Kecewa betul dengan perangai tak cerdik ni.

Yang penting mutu permaiana bola malaysia semakin naik, dan kami para penyokong juga akan bersama-sama akan lebih bermoral harapnya. Tak mahu lagi ade kes-kes gaduh ker, bakar ker lepas game, kalah menang adat permainan kan. Sokongan tetap tidak berbelah bagi, Gomo Kelate Gomo!

p/s: Kelantan tetap cuti esok, yey! Tahniah sekali lagi buat Terengganu.


Kredit Gambar to OrenKecik | Graphic

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita-Cerita Best Yang Lain

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger